Kata-kata Hikmah...

"Ukuran muktamad bagi seorang insan bukan terletak pada bagaimana pendiriannya tatkala dia mengalami keadaan selesa dan mudah, tetapi pendiriannya ketika saat yang mencabar dan penuh kontroversi".

--(Martin Luther King, Jr.)--

Wednesday, July 15, 2009

Wanita ubahlah gaya, usah bawa beg tangan


.....Jom kita ikuti catatan mangsa ragut dan teladan yang boleh diambil dari peristiwa ini....

........"Saya adalah seorang wanita, seorang isteri dan ibu. Saya bekerja sebagai doktor di sebuah hospital kerajaan dan kini dalam program sarjana. Niat di hati ingin menggenggam ijazah pakar tidak lama lagi. Saya berpuas hati dengan kehidupan saya. Biar pun sibuk tetapi saya bahagia.

Namun kebahagiaan saya hampir direntap beberapa hari lalu. Semuanya kerana lelaki durjana yang meragut beg tangan saya. Ia berlaku begitu pantas, tanpa sebarang amaran. Apa yang terlintas di hati saya semasa lelaki itu berpusing dan meragut beg ialah: ''Ya Tuhan, aku mangsa ragut.'' Tidak pernah terlintas perkara ini akan terjadi pada saya. Selama ini saya hanya tengok berita, baca surat khabar tetapi tidak terfikir ia akan terjadi pada saya. Untuk pengetahuan semua, saya diragut di tempat terbuka yang ramai orang, pada waktu siang dan ketika itu bersama suami saya. Begitu berani peragut tersebut.

Saya terjatuh, kepala terhempas ke atas jalan. Saya pitam. Apabila sedar, kepala saya berdarah dan saya ke hospital bersama suami. Sementara menunggu untuk melakukan imbasan kepala, saya menangis. Pengalaman bekerja sebagai doktor menyebabkan saya takut pada keputusan imbasan nanti. Bagaimana jika saya ada pendarahan dalam otak dan saya perlu dibedah? Jika dibedah, adakah saya akan pulih sepenuhnya seperti biasa? Atau saya akan koma untuk selama-lamanya? Bagaimana dengan keluarga saya nanti? Siapa yang akan menjaga anak saya yang masih kecil? Bagaimana dengan impian saya untuk menjadi pakar? Adakah akan terkubur begitu saja?

Saya bersyukur keputusan CT scan menunjukkan tiada pendarahan otak, tapi luka di kepala menyebabkan saya terpaksa dijahit. Saya trauma, rasa takut apabila hendak keluar rumah. Hari ini apabila saya keluar, saya lihat perempuan mengandung membawa beg tangan. Sepasang kekasih berjalan, yang perempuan membawa beg tangan. Ibu berjalan mendukung anak bersama beg tangan.

Tolonglah adik, kakak dan makcik, simpanlah beg tangan anda di rumah. Tukarlah dompet anda kepada yang lebih kecil dan masukkan saja ke dalam poket. Pedulikan fesyen. Biarlah nampak tidak anggun tanpa beg tangan.

Perbuatan membawa beg tangan mendedahkan anda kepada peragut. Peragut ini tidak akan peduli apa yang akan jadi kepada anda. Peragut ini tidak peduli pada keluarga anda, pada impian anda. Jika anda mati pun mereka tidak akan peduli.

Kerajaan sekarang sedang berusaha menangani jenayah ragut. Anda juga perlu berusaha dengan menjaga diri supaya tidak menjadi mangsa ragut. Cara yang paling mudah ialah jangan membawa beg tangan".........

DR. MANGSA RAGUT
Kuala Lumpur
Sila klik pada Arkib Blog aMbO untuk catatan-catatan yang seterusnya.....


'Dragon Fruit' (Pokok Buah Naga) di Halaman Rumah


MyBlogLog