Kata-kata Hikmah...

"Ukuran muktamad bagi seorang insan bukan terletak pada bagaimana pendiriannya tatkala dia mengalami keadaan selesa dan mudah, tetapi pendiriannya ketika saat yang mencabar dan penuh kontroversi".

--(Martin Luther King, Jr.)--

Wednesday, July 15, 2009

Hasil Kajian Tahap Pematuhan Pemakaian Tali Pinggang Keledar Di Kalangan Penjawat Awam Di Putrajaya

Undang-undang pemakaian tali pinggang keledar belakang telah diwajibkan mulai 1 Januari 2009. Pematuhan kepada undang-undang ini dijangka mampu mengurangkan hampir 300 kematian setahun. Pelbagai langkah telah diambil untuk mempastikan kadar pematuhan yang tinggi, sama ada sebelum undang-undang diperkenalkan, mahupun selepasnya. Ini meliputi aktiviti advokasi dan juga penguatkuasaan.

Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) telah ditugaskan untuk memantau kemajuan dan keberkesanan serta tahap pematuhan undang-undang ini dengan melakukan kajian di seluruh negara sebelum undang-undang diperkenalkan dan selepas ianya dikuatkuasakan pada bulan Januari 2009. Setelah peningkatan dilihat untuk bulan Januari dan Februari 2009, rekod bagi semua kategori (pemandu, penumpang hadapan dan penumpang belakang) telah terus menurun secara purata untuk seluruh negara.

Lanjutan dari itu, satu kajian khas telah dilakukan di Putrajaya bagi melihat kadar dan tahap pematuhan pemakaian tali pinggang keledar di kalangan penjawat awam. Pemilihan lokasi cerapan mampu memberi secara sampel, kadar dan tahap pematuhan pemakaian tali pinggang keledar bagi penjawat awam yang bekerja di Precinct 1,2, 3 dan di lokasi utama pada waktu pagi dan semasa waktu rehat tengahari. Berikut adalah hasil kajian MIROS:-

Jadual 1: Pemakaian tali pinggang keledar mengikut kategori penumpang dan masa

Kadar pemakaian keseluruhan
Pemandu 55.2%
Penumpang hadapan 46.1%
Penumpang belakang 4.8%

Kadar pemakaian mengikut masa

07:15-08:45 12:45-14:15
Pemandu 58.3% 46.8%
Penumpang hadapan 51.3% 38.0%
Penumpang belakang 6.7% 2.8%

Dapatan ini amat mencemaskan kerana didapati penjawat awam di Putrajaya tidak mematuhi sepenuhnya undang-undang pemakaian tali pinggang keledar. Kadar dan tahap pematuhan pemakaian ini adalah lebih rendah dari purata negara (national average) bagi bulan Jun 2009 yang menunjukkan 86.8%, 78.1% dan 28.2% kadar pemakaian untuk pemandu, penumpang hadapan dan penumpang belakang.

Dengan ini, semua penjawat awam perlulah mematuhi sepenuhnya undang-undang pemakaian tali pinggang keledar tersebut supaya ianya akan menjadi satu contoh dan tauladan kepada lain-lain pemandu kenderaan di samping meningkatkan lagi keselamatan di jalan raya .

sumber di petik dari..

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
PUTRAJAYA
10 JULAI 2009
Sila klik pada Arkib Blog aMbO untuk catatan-catatan yang seterusnya.....


'Dragon Fruit' (Pokok Buah Naga) di Halaman Rumah



MyBlogLog