Kata-kata Hikmah...

"Ukuran muktamad bagi seorang insan bukan terletak pada bagaimana pendiriannya tatkala dia mengalami keadaan selesa dan mudah, tetapi pendiriannya ketika saat yang mencabar dan penuh kontroversi".

--(Martin Luther King, Jr.)--

Thursday, July 2, 2009

MENGUKUR KECEMERLANGAN ANAK-ANAK


Saya sangat tertarik dengan sebuah artikel dalam akhbar tempatan iaitu dalam Mingguan Malaysia 15 Mac 2009 mengenai tajuk di atas. Apakah kayu ukur atau tanda aras untuk cemerlang dan bagaimanakah pula ibu bapa, guru dan masyarakat mentafsirkan kecemerlangan? Dalam konteks pendidikan masa kini, budaya A adalah sesuatu yang diterima pakai bagi mentafsirkan kecemerlangan.

Menurut sebahagian daripada catatan penulis berkenaan:-

1) Anak-anak yang kurang cemerlang dalam peperiksaan dinafikan hak untuk cemerlang dalam hidup.

2) Pelajar cemerlang akademik disanjung oleh masyarakat manakala pelajar yang kurang/ tidak cemerlang tercicir.

3) Sistem pendidikan mengiktiraf sekolah dan negeri yang melahirkan pelajar cemerlang yang mana ia menggalakkan perlumbaan.

4) Pelajar dan guru tertekan.

5) Anak-anak dididik bukan atas tujuan moral tetapi lebih kepada ekonomi- dipaksa untuk dapat keputusan cemerlang.

6) Manusia ternama seperti Dato' Siti Nurhaliza, Jimmy Choo mampu berjaya tanpa akademik yang baik. Dato' Siti begitu bijak dalam menyusun kata -kata dan penampilannya.

7) Walau bagaimanapun, ada juga tokoh ternama yang lahir daripada latar belakang akademi yang cemerlang seperti Tun Dr. M. dsb.

8) Negara perlu melakukan reformasi pendidikan.

9) Tumpuan kepada A berlebihan sehingga mengabaikan aspek-aspek seni, sukan, kemahiran dan sebagainya.

Adik Nik Nur Madihah adalah contoh pelajar yang cemerlang yang seimbang dari segi IQ dan SQnya. Semoga beliau akan terus cemerlang pada masa-masa yang akan datang.

Kepada pelajar-pelajar yang kurang cemerlang, ingatlah bahawa SPM bukanlah segala-galanya. Jadikanlah ianya wasilah (satu jalan) bukan sebagai ghayah (matlamat). Wasilah dalam erti kata ianya jalan ke Universiti atau jalan untuk mara ke peringkat yang seterusnya dan bukan matlamat akhir.

Ingatlah apabila sudah berada di universiti sijil SPM sudah tidak 'laku' lagi, dan apabila anda berada di alam pekerjaan, ijazah degree anda sudah tidak dipandang lagi. Apa yang dinilai pula ialah prestasi kerja anda. Dan ingatlah bahawa roda kehidupan sentiasa berputar. Anda tidak akan berada di atas atau di bawah selama-lamanya. Wallahu a'lam.

---teman--- kita hendaklah berjalan ke depan dan bukan nya ke belakang...
Sila klik pada Arkib Blog aMbO untuk catatan-catatan yang seterusnya.....


'Dragon Fruit' (Pokok Buah Naga) di Halaman Rumah



MyBlogLog