Kata-kata Hikmah...

"Ukuran muktamad bagi seorang insan bukan terletak pada bagaimana pendiriannya tatkala dia mengalami keadaan selesa dan mudah, tetapi pendiriannya ketika saat yang mencabar dan penuh kontroversi".

--(Martin Luther King, Jr.)--

Tuesday, April 20, 2010

Jom Heboh TV3 di Kelantan


Kelantan dibawah pentadbiran Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dilihat telah kehadapan berbanding negeri-negeri yang lain. Meskipun pada mulanya diragui kepimpinan ala ‘Ulama’, namun kini Tuan Guru telah menyangkal semua tomahan tersebut. Inilah istimewanya apabila pentadiran sesebuah kerajaan berada di bawah pentadbiran seorang ulama. Seorang yang fakih mengenai ilmu agama dan fakih mengenai pentadbiran negara. Rakyat berada dalam keadaan rahmat, negeri pula dalam keadaan selamat.

Jom Heboh yang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan pada 26-27 Mac 2010 yang lalu telah menyaksikan keunikannya tersendiri. Setelah hampir 7 tahun Jom Heboh ini diperkenalkan, buat pertama kalinya ia diadakan di Bumi Serambi Mekah ini. Ianya sekaligus menyangkal dan menjawab tohmahan-tohmahan nakal mengatakan Tuan Guru menutup semua pintu-pintu hiburan. Bahkan ia menjadi asas penting betapa Islam tidak pernah menolak hiburan. Cuma ia dilakukan berdasarkan syariat yang telah digariskan oleh Tuhan kita, Allah SWT.
Persetujuan bersama Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata persetujuan kerajaan itu hasil perbincangan antara pihak Media Prima dan Kerajaan Negeri. Asas kawalan utama adalah tetap melarang penyanyi wanita membuat persembahan. Manakala penonton hendaklah diasingkan mengikut tiga kategori iaitu berkeluarga, lelaki dan wanita.

“Keputusan itu dibuat oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) baru-baru ini, berdasarkan syarat-syarat yang dipersetujui kedua-dua pihak.” “Pihak berkenaan (TV3) memperakukan segala peraturan dan syarat-syarat pertunjukan itu, kerajaan negeri sedia menerima konsert itu tahun ini.” “Turut diadakan sempena Jom Heboh itu ialah satu slot khas bercorak agama yang melibatkan penyertaan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” jelas Takiyuddin.

Peraturan Kerajaan Negeri berkaitan perlaksanaan Jom Heboh di Bumi Serambi Mekah ini didasari dengan beberapa syarat dan garis panduan berdasarkan Dasar Kebudayaan Negeri Kelantan 1998. Antaranya mestilah berlandaskan Islam bagi mencapai keredaan Allah, apa-apa unsur kebudayaan luar hendaklah selaras dengan prinsip Islam, boleh diamalkan kebudayaan setiap kaum tetapi hanya untuk kaum tersebut, mengutamakan pembangunan yang mengambil kira nilai budaya setempat dan selaras dengan Islam, berlaku pengasingan lelaki dan wanita, dan amalan kebudayaan yang bercanggah dengan hukum syarak hendaklah disesuaikan dengan syarak.

Peluang keemasan Jom Heboh dilaksanakan, pasti Heboh satu negeri itu. Baik diruang sembang radio, warung-warung kopi, mahupun masjid-masjid. Ia seakan menjadi fenomena satu negeri itu tanpa mengira bangsa, agama mahupun peringkat usia. Jom Heboh anjuran TV3 ini tidak dinafikan memberi peluang keemasan kepada banyak pihak. Baik kepada penganjur, penaja, pengunjung mahupun kerajaan negeri itu sendiri.

Kerajaan Negeri boleh memberi penjelasan beberapa isu kepada rakyatnya. Para pendakwah pula boleh menyebarkan dakwah mereka kepada para pengunjung. Syarikat-syarikat di Kelantan juga boleh memperkenalkan produk mereka kepada para pengunjung.

"Jom Heboh Bakal Kembali Lagi" ......Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra memperkenankan Konsert Jom Heboh yang sebelum ini diharamkan kerajaan negeri supaya diteruskan lagi pada tahun depan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (Media Prima), Datuk Seri Farid Ridzuan, Tuanku melahirkan rasa gembira dengan suasana yang ditunjukkan dalam program itu yang lebih memberi penekanan kepada konsep kekeluargaan. Katanya, Pemangku Raja Kelantan juga gembira apabila melihat rakyat turut bergembira dengan pelbagai program yang disediakan melalui program berkenaan. “Baginda bertitah sekiranya rakyat Kelantan suka, kita (Jom Heboh) boleh datang lagi,” katanya selepas majlis rakaman program Al-Kulliyyah di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

Islam itu luas dakwah tadarruj (berperingkat dan berhikmah) yang diamalkan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz bukanlah satu perkara yang baru. Malah sejak penganjuran Konsert Mawi oleh Kelantan, pengunjungan para artis dan selebriti ke Kelantan berjumpa sendiri dengan beliau menjadi satu fenomena baru.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berjaya memecah tembok pemisah antara golongan seni dengan golongan ulama. Inilah petanda sunnah dakwah Rasulullah berjaya diamalkan di Kelantan hasil kebijaksanaan dan kesabaran pemimpinnya. Jika ada yang mengatakan Islam tidak membenarkan hiburan, nah ini adalah jawapan untuk persoalan tersebut. Jika ada yang mengatakan ulama tidak boleh bersama artis, mungkin perlu berfikir sekali lagi.



Sila klik pada Arkib Blog aMbO untuk catatan-catatan yang seterusnya.....


'Dragon Fruit' (Pokok Buah Naga) di Halaman Rumah


MyBlogLog