Kata-kata Hikmah...

"Ukuran muktamad bagi seorang insan bukan terletak pada bagaimana pendiriannya tatkala dia mengalami keadaan selesa dan mudah, tetapi pendiriannya ketika saat yang mencabar dan penuh kontroversi".

--(Martin Luther King, Jr.)--

Monday, April 19, 2010

Akta HALAL kita yang TIDAK Bernilai????

Anda berasa lapar, lalu anda makan di sebuah restoran di tepi jalan. Anda memesan nasi ayam. Adakah anda yakin makanan yang anda beli itu halal? Jika anda yakin, adakah anda yakin ayam yang anda makan itu halal sembelihannya?

Seterusnya, apabila anda ingin membeli makanan ringan di kedai-kedai runcit, yakinkah anda makanan yang anda beli itu halal? Anda berkata ia mempunyai cop halal, tapi adakah anda yakin cop itu sah disisi undang-undang?

Ya..beginilah realiti keadaan makanan di Malaysia. Masih lemah dalam penguatkuasaan halal dan haramnya. Jikalau sudah dikuatkuasa pun, rakyatnya masih lemah dalam mendapat maklumat berkaitan.

Namun, mengapakah perkara ini berlaku? Malaysia dilihat masih lemah dalam pengurusan perundangannya. Akta halal masih gagal dibincang dan dilaksanakan dek kerana ahli parlimen kita lebih suka menunjukkan kejantanan masing-masing berbanding membincangkan masalah rakyat yang lebih utama.
Ia deperkuatkan lagi dengan kenyataan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau badan Islam lain yang diiktiraf. Mereka mendakwa tidak dapat melaksanakan tindakan tegas berhubung isu halal kerana ketiadaan Akta Halal untuk melaksanakan peraturan halal.

Pada masa sama, Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, turut mengakui tidak ada kerjasama yang padu antara Jakim, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam memerangi isu sijil halal yang tidak sah.

Nadzim turut mengingatkan umat Islam bahawa hanya tiga kopitiam saja yang mempunyai sijil halal sedangkan sebahagian besar yang lain tidak punyai sijil halal. Jika kita perhatikan, terdapat banyak kopitiam di seluruh Malaysia ini. Namun hanya tiga sahaja yang mempunyai sijil halal.

Kenyataan ini seharusnya kita pandang secara serius. Malaysia selaku Negara Islam seharusnya menjadi contoh yang baik kepada Negara Islam yang lain. Kita seharusnya terkehadapan berbanding Negara yang lain.

Makanan adalah rutin seharian kita. Kita tidak boleh hidup tanpa makan. Jika aspek halal dan haram ini dipandang ringan, maka tidak mustahil rakyat Malaysia terutama umat Islam akan menghadapi masalah yang lebih serius dalam menjalani kehidupan seharian.

Akta halal sememangnya penting untuk digubal. Tanpanya amat sukar bagi pihak berkuasa kita menjalankan tugas mereka. Selain itu, ia amat berkait rapat dengan kehidupan seharian rakyat Malaysia.

Pihak berkenaan juga seharusnya berpadu dan bersama dalam memastikan Malaysia terjaga makanan halal dan haramnya. Ini bukan masa kita menjadi seperti enau didalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.

Pendedahan secara besar-besaran juga harus dilakukan oleh pihak berwajib. Perkara ini bukan rahsia. Ia adalah perkara penting yang seharusnya diketahui oleh semua rakyat. Ia melibatkan makanan yang akan menjadi darah daging kita sendiri.

Akhirnya, semoga akta ini Berjaya digubal dan dilaksanakan sebaik mungkin di Malaysia. Jangan biarkan rakyat terus memakan makanan yang diragui halal haramnya. Moga usaha kita yang sedikit itu akan dirahmati Allah SWT.
Sila klik pada Arkib Blog aMbO untuk catatan-catatan yang seterusnya.....


'Dragon Fruit' (Pokok Buah Naga) di Halaman Rumah



MyBlogLog