Sejak lahir kita dibelai, dimanja, dan di sayang. Ibu, suatu anugerah Allah yang cukup berharga buat kita sebagai insan. Tanpa mereka, apakah dapat untuk kita hari ini menyusun langkah di atas bumi ciptaan Allah ini? Mampukah kita untuk menghirup nafas-nafas segar meneruskan tugas sebagai khalifah Allah? Tepuk dada dan tanyalah iman. Dalam meniti jambatan kehidupan, ibu sebagai pembimbing. Mereka mengajar kita bagaimana untuk menjadi insan yang berguna, mengasuh kita untuk menjadi contoh terhadap mereka yang lain, juga menunjukkan kepada kita manakah arah jalan yang harus dituju. Subhanallah.. Erti jemu tiada dalam kamus hidup mereka. Impian sebagai ibu, hanyalah ingin melihat anak mereka bahagia, bukan hanya di dunia malahan jika di izinkan mahu juga dia melihat anaknya bahagia mengecapi nikmat di syurga kelak.
Ibu adalah insan istimewa. Allah meletakkan nilai seorang ibu di taraf yang tinggi di sisi-Nya, berdasarkan firman-Nya yang bermaksud; “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya kamu tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa … maka janganlah kamu berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘ah’... [Al-Isra’:23]
Pengorbanan seorang ibu itu tiada tandingannya. Bangun seawal pagi untuk menyiapkan tugasan sebagai seorang isteri dan seorang ibu, tidur tika dinihari setelah pasti bahawa segala urusan sudah selesai. Itulah rutin harian mereka. Jarang sekali ungkapan letih, penat dan seumpamanya meniti di bibir mereka, apatah lagi merungut. Betapa hebatnya sifat pengorbanan yang dianugerahkan Ilahi tertanam di dalam diri mereka.
Seorang lelaki datang kepada Rasulullah S.A.W. lalu bertanya; siapakah yang lebih berhak menerima kebajikanku berdasarkan kebaikannya kepada aku selepas Allah dan Rasul-Nya? Lalu baginda menjawab; ibumu. Kemudian si lelaki bertanya lagi; siapakah lagi selepas itu? Lalu baginda mengulanginya seperti yang pertama tadi; ibumu. Begitulah seterusnya sehingga kali yang ke empat baginda menjawab; ayahmu.
Seseorang insan itu lahir menerusi ibunya bukan ayahnya. Di saat itu, hanya Allah yang tahu akan kesakitan yang dialami oleh seorang ibu sewaktu melahirkan anak. Jika kaum adam ditakdirkan untuk melahirkan anak, entah berapa lama mampu untuk mereka bertahan. Namun, jiwa seorang ibu dan juga sebagai seorang wanita, nilai ketabahan sudah subur di dlam diri mereka. Sejak melahirkan anak lagi mereka sabar, dan sifat ini terus menyubur dalam diri mereka dalam membesarkan zuriat yang telah diamanahkan Allah itu. Istimewa juga, mereka dianugerahkan syahid apabila mati bersalin dengan syarat iman di dada. Sesungguhnya pengorbanan mereka itu amat bermakna buat insan sejagat.
Ayuh wahai saudara, sama-sama kita muhasabah diri kita. Sejauh manakah ataupun sudah berapa banyakkah telah kita korbankan untuk ibu kita? Ingat, syurga dibawah telapak kaki ibu. Setitis air mata ibu yang gugur kerana kederhakaan kita, neraka akan meraung memanggil nama kita. Taatilah mereka selagi mana mereka mentaati Allah dan Rasul-Nya. Juga, jangan dilupakan untuk keabaikan mereka di dalam doa kita. Moga-moga, kita senantiasa berada di bawah payung keredhaan Ilahi. Ameen.