Kata-kata Hikmah...

"Ukuran muktamad bagi seorang insan bukan terletak pada bagaimana pendiriannya tatkala dia mengalami keadaan selesa dan mudah, tetapi pendiriannya ketika saat yang mencabar dan penuh kontroversi".

--(Martin Luther King, Jr.)--

Sunday, May 31, 2009

Nun Jauh Di Sana .. di Pantai Sri Tujuh, Tumpat, Kelantan.


sila klik 'play' untuk melihat video...

Membawa keluarga pada hari minggu 22 Mei 2009 ke Pantai Sri Tujuh.... SUNGGUH MEMBOSANKAN.....sebuah pantai yang indah tapi tidak dijaga.



sila klik 'play' untuk melihat video...

..anak-anakpun minta balik awal....tiada apa yang menyeronokkan ...hanya semak dan sampah merata-rata yang tidak terurus.

...sebenarnya KAMI hanya singgah ke Pantai tersebut seketika semasa perjalanan membeli Sambal Daging di Kampung Laut (yang tersohor tu ) untuk di beri kepada Adik (Mazlan) yang berkursus di KB untuk di bawa balik ke JOHOR.

ADAB MENDENGAR AZAN

SETIAP KESABARAN AKAN DIGANTI DENGAN KEMENANGAN
SETIAP KEDUKAAN AKAN BERGANTI DENGAN KEBAHAGIAAN
SETIAP PERPISAHAN PASTI BERMULA DENGAN SATU PERTEMUAN
SETIAP YANG BERAKHIR AKAN BERTUKAR DENGAN SUATU PERMULAAN
SETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA HIKMAHNYA.............

Saya ada Satu epal, anda ada Satu epal. Kita tukar epal, anda ada Satu dan saya tetap ada Satu.

Jika anda ada Satu ilmu dan saya ada Satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tersebut, anda ada Dua ilmu dan saya ada Dua ilmu...

Allahu Akbar!!


ADAB MENDENGAR AZAN

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati, mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'. Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: 'Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya'. Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang Islam kita wajib menghormati azan kerana banyak fadhilatnya.

Jika lagu Kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah...' yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dengan izinNya menjanjikan Syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. 'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah' semasa sakaratul maut menghampiri kami...
Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin'

Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran ini.
Subhanallah...

Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah. Dimulakan dengan Indonesia yang terletak di bahagian timur dengan ratusan kepulauannya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta. Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak ke arah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam. Belumpun laungan Azan di merata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia. Berikutnya di Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh. Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar di barat India.

Perbezaan waktu di kota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang di seluruh Pakistan. Belum berakhir di Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat. Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik. Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam. Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Kalaulah setiap kawasan memasang pembesar suara, maka akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.

Allahu Akbar!! Allahu Akbar!!


sila klik 'play' untuk tayangan video

Thursday, May 28, 2009

Bersantai Bersama Keluarga di SUDARA BEACH RESORT, TOK BALI, KELANTAN










......Family Day di Sudara Beach Resort, Tok Bali, Kelantan pada Oktober 2008.


...begitu seronok sekali anak-anak mandi kolam


sila klik 'play' untuk melihat persembahan dikir barat...

Tuesday, May 26, 2009

IBU, Anugerah Yang Teramat Berharga


Sejak lahir kita dibelai, dimanja, dan di sayang. Ibu, suatu anugerah Allah yang cukup berharga buat kita sebagai insan. Tanpa mereka, apakah dapat untuk kita hari ini menyusun langkah di atas bumi ciptaan Allah ini? Mampukah kita untuk menghirup nafas-nafas segar meneruskan tugas sebagai khalifah Allah? Tepuk dada dan tanyalah iman. Dalam meniti jambatan kehidupan, ibu sebagai pembimbing. Mereka mengajar kita bagaimana untuk menjadi insan yang berguna, mengasuh kita untuk menjadi contoh terhadap mereka yang lain, juga menunjukkan kepada kita manakah arah jalan yang harus dituju. Subhanallah.. Erti jemu tiada dalam kamus hidup mereka. Impian sebagai ibu, hanyalah ingin melihat anak mereka bahagia, bukan hanya di dunia malahan jika di izinkan mahu juga dia melihat anaknya bahagia mengecapi nikmat di syurga kelak.

Ibu adalah insan istimewa. Allah meletakkan nilai seorang ibu di taraf yang tinggi di sisi-Nya, berdasarkan firman-Nya yang bermaksud; “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya kamu tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa … maka janganlah kamu berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘ah’... [Al-Isra’:23]


Pengorbanan seorang ibu itu tiada tandingannya. Bangun seawal pagi untuk menyiapkan tugasan sebagai seorang isteri dan seorang ibu, tidur tika dinihari setelah pasti bahawa segala urusan sudah selesai. Itulah rutin harian mereka. Jarang sekali ungkapan letih, penat dan seumpamanya meniti di bibir mereka, apatah lagi merungut. Betapa hebatnya sifat pengorbanan yang dianugerahkan Ilahi tertanam di dalam diri mereka.

Seorang lelaki datang kepada Rasulullah S.A.W. lalu bertanya; siapakah yang lebih berhak menerima kebajikanku berdasarkan kebaikannya kepada aku selepas Allah dan Rasul-Nya? Lalu baginda menjawab; ibumu. Kemudian si lelaki bertanya lagi; siapakah lagi selepas itu? Lalu baginda mengulanginya seperti yang pertama tadi; ibumu. Begitulah seterusnya sehingga kali yang ke empat baginda menjawab; ayahmu.

Seseorang insan itu lahir menerusi ibunya bukan ayahnya. Di saat itu, hanya Allah yang tahu akan kesakitan yang dialami oleh seorang ibu sewaktu melahirkan anak. Jika kaum adam ditakdirkan untuk melahirkan anak, entah berapa lama mampu untuk mereka bertahan. Namun, jiwa seorang ibu dan juga sebagai seorang wanita, nilai ketabahan sudah subur di dlam diri mereka. Sejak melahirkan anak lagi mereka sabar, dan sifat ini terus menyubur dalam diri mereka dalam membesarkan zuriat yang telah diamanahkan Allah itu. Istimewa juga, mereka dianugerahkan syahid apabila mati bersalin dengan syarat iman di dada. Sesungguhnya pengorbanan mereka itu amat bermakna buat insan sejagat.

Ayuh wahai saudara, sama-sama kita muhasabah diri kita. Sejauh manakah ataupun sudah berapa banyakkah telah kita korbankan untuk ibu kita? Ingat, syurga dibawah telapak kaki ibu. Setitis air mata ibu yang gugur kerana kederhakaan kita, neraka akan meraung memanggil nama kita. Taatilah mereka selagi mana mereka mentaati Allah dan Rasul-Nya. Juga, jangan dilupakan untuk keabaikan mereka di dalam doa kita. Moga-moga, kita senantiasa berada di bawah payung keredhaan Ilahi. Ameen.

SIAPAKAH KITA?


Siapakah orang yang sombong?


Orang yang sombong adalah orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan, iaitu Allah Tuhan sekalian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan lanit pada Tuhan kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?

Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Quran, Hadith dan cerita-cerita kebaikan namun berasa tidak apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang yang dungu kepala otaknya?

Orang yang dungu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyeksanya dengan kelalaiannya itu dan sering berasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang lemah?

Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?

Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat ke atas junjungan Rasulullah s.a.w

Siapakah orang yang buta?

Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al-Quran dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?

Orang yang tuli adalah orang yang diberi nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkanya.

Siapakah orang yang SIBUK?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman.

Di Syurga Menanti....


Bersumber dari Raja bin Umar An-Nakha’i, dia pernah bercerita: “Dahulu di kota Kufah tinggallah seorang pemuda tampan rupawan yang tekun dan rajin beribadat, dan dia termasuk salah seorang ahli zuhud. Suatu hari pemuda itu singgah di kalangan kaum An-Nakha dan di sana dia bertemu dengan seorang gadis yang cantik. Sejak melihatnya pertama kali, dia pun jatuh hati dan tergila-gila oleh kecantikannya. Demikian juga si gadis yang merasakan hal serupa sejak pertama melihat pemuda itu. Si pemuda lalu mengutus seseorang untuk meminangnya, tetapi ternyata gadis tersebut telah dipertunangkan dengan putera bapa saudaranya.

Mendengar keterangan ayah si gadis itu, mereka berdua menahan beban cinta yang sangat berat. Si gadis tadi kemudian mengutus seorang hambanya untuk menyampaikan sepucuk surat kepada pemuda tambatan hatinya: “Aku tahu betapa engkau sangat mencintaiku, dan kerananya, betapa besar penderitaanku terhadap dirimu sekalipun cintaku tetap untukmu. Seandainya engkau berkenan, aku akan datang berkunjung ke rumahmu atau aku akan memberikan kemudahan kepadamu bila engkau mahu datang ke rumahku.”

Setelah membaca isi surat tersebut, si pemuda kacak itu pun berkata kepada utusan wanita pujaan hatinya, “Kedua tawaran itu tidak ada satu pun yang ku pilih! Sesungguhnya aku takut akan seksaan hari yang besar bila aku sampai derhaka kepada Tuhanku. Aku juga takut akan neraka yang api jilatannya tidak pernah surut dan padam.”

Pulanglah utusan kekasihnya itu dan dia pun menyampaikan segala yang disampaikan oleh pemuda itu. Si gadis lalu berkata, “Selamanya aku belum pernah menemui seorang yang zuhud dan selalu takut kepada Allah SWT seperti dia. Demi Allah, tidak seorang pun yang layak mendapatkan gelaran kemuliaan kecuali dia, sedangkan kebanyakan orang adalah munafik.”

Setelah berkata demikian, gadis itu lalu melepas segala urusan duniawinya serta membuang jauh-jauh segala sesuatu yang berkaitan dengan dunia. Dia pun memakai pakaian dari tenunan kasar dan sejak itu tekun beribadat, sementara hatinya merana, badannya juga kurus oleh beban cintanya yang besar kepada pemuda yang dicintainya. Dan kerinduannya yang mendalam menyelimuti sepanjang hidupnya hingga akhir hayatnya.

Setelah gadis itu meninggal dunia, sang pemuda sering pula berziarah ke makamnya. Pada suatu ketika dia bermimpi seakan-akan melihat kekasihnya dalam keadaan yang sangat menyenangkan.

Pemuda itu pun bertanya,

“Bagaimana keadaanmu dan apa yang kau dapatkan setelah berpisah denganku?”


Gadis kekasihnya itu menjawab dengan menyenandungkan untaian syair :

Kasih... cinta yang terindah
adalah mencintaimu,
sebuah cinta
yang membawa kepada kebajikan.


Cinta yang indah
hingga angin syurga berasa malu

burung syurga menjauh
dan malaikat menutup pintu.

Mendengar penuturan kekasihnya itu,
pemuda tersebut lalu bertanya kepadanya,
“Di mana engkau berada?”

Kekasihnya menjawab dengan melantunkan syair :

Aku berada dalam kenikmatan
dan kehidupan
yang tiada mungkin berakhir

berada dalam syurga abadi
yang dijaga oleh para malaikat

yang tidak mungkin binasa

yang akan menunggu ketibaanmu, wahai kekasih


Pemuda itu kembali berkata kepada kekasihnya,

“Di sana aku mohon agar
engkau selalu mengingatiku dan
sebaliknya aku pun tidak dapat melupakanmu!”


“Dan demi Allah,

aku juga tidak akan melupakan dirimu.
Sungguh, aku telah memohon untukmu
kepada Tuhanku juga Tuhanmu
dengan kesungguhan hati,
sehingga Allah berkenan
memberikan pertolongan kepadaku!”
jawab gadis kekasihnya itu.


Pemuda itu kembali berkata kepadanya,
“Bila aku dapat melihatmu kembali?”


“Tak lama lagi engkau akan datang menyusulku kemari,”
jawab kekasihnya.


Tujuh hari sejak pemuda itu bermimpi bertemu dengan kekasihnya,
ia meninggal dunia.
Semoga Allah sentiasa mencurahkan kasih sayang-Nya
kepada mereka berdua
dan mempertemukannya kembali
di syurga.

--- teman --- menitiskan air mata.

Gunung Raya, LANGKAWI

.....sempat bergambar kenang-kenangan ketika menjalankan tugas rasmi pemeriksaan cerun di Jalan Gunung Raya, Langkawi pada 19 November 1997. Jalan tersebut merupakan jalan utama kerana terdapat beberapa bangunan berkepentingan tinggi sepert Pusat Kawalan Satelit Measat, Rumah Rehat PM, Pusat Kawalan Menara Telekom dsb.

Taman KLCC


.....melayan anak pertama (MUHAMMAD SYAHIRAN) mandi kolam di Taman KLCC pada tahun 2000.. ketika itu masih berkhidmat di Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur.






Cuti-cuti Malaysia di Cameron Highlands

Percutian ke-4 : ...next week (2-4 Jun 2009) akan ke Cameron Highlands bersama keluarga lagi...merancang baby ke-5 kot???


Percutian ke-3 : ...Tahun 2007.. gambar kenangan hilang kerana komputer breakdown....

Percutian ke-2 : ...Tahun 2005 ..bercuti bersama keluarga


Percutian kali pertama : ..Tahun 2003.. ketika isteri sedang sarat mengandung anak ke-3.

Wednesday, May 20, 2009

Lawatan Kerja ke Projek Hidroelektrik Bakun, Sarawak dan JKR Negara Brunei pada 30 Julai 2001 hingga 2 Ogos 2001

....Lawatan kerja Cawangan Jalan JKR Malaysia di ketuai oleh Dato' Ir. Dr. Azmi Hassan ke JKR Negara Brunei Darussalam bertujuan mengeratkan lagi kerjasama teknikal serta meninjau perkembangan terkini teknologi baru dalam bidang penyenggaraan jalanraya di Brunei.

...Hidroelektrik Bakun...lawatan bertujuan memperluaskan pengetahuan dan pengalaman kepada pegawai JKR dalam bidang pembinaan empangan hidro yang terbesar di Malaysia.

Tuesday, May 19, 2009

Jalan Gua Musang-Kota Bharu Runtuh Disember 2007

Kejadian tanah runtuh di Laluan FT008 Jalan Gua Musang-Kota Bharu (Sg. Lakit) pada Disember 2007. Jalan terpaksa ditutup kepada semua kenderaan...sehingga jalan lencongan siap dibina 4 hari kemudian. Kesesakan yang amat teruk berlaku. Hanya kenderaan ringan sahaja dibuka. Disebabkan masih terdapat pergerakan tanah, JKR telah menasihatkan supaya pengguna menggunakan jalan alternatif lain. Amat malang kerana perantauan terpaksa menggunakan jalan yang jauh utk balik kampung sempena Hari Raya Aidiladha.

Sekarang jalan tersebut telah siap dibaiki dan selamat di lalui.

Melancong di Bukit Merah Laketown, Perak

.....merakamkan kenangan semasa melancong
di Bukit Merah Laketown, Perak pada 26 Januari 2001







...menaiki bot menyeberangi tasik ke Pulau Orang Utan, Bukit Merah Laketown

Latihan Induksi di Concorde Inn KLIA Sepang


kenangan ketika menghadiri latihan induksi selama 3 minggu di Concorde Inn KLIA Sepang pada Ogos 1997





...Landasan Lapangan Terbang 'Kuala Lumpur International Airport' (KLIA) semasa pembinaan. Bayangkan betapa besarnya landasan tersebut sehinggakan garisan jalan (warna putih) sebesar itu....


--- teman --- setiap kali 'landing' di KLIA teringat kenangan semasa berkursus dulu. Ada satu kawasan tu..di kenali sebagai 'Pekan Bangla'....

Gunung Kinabalu, SABAH

....sempat bergambar berlatar belakang Gunung Kinabalu semasa menjalankan tugas pemeriksaan cerun di Jalan Persekutuan Negeri Sabah pada 28 Julai 1999

MENJALANKAN TUGAS DI SARAWAK pada 25 hingga 31 Jan 1999

Bergambar kenangan bersama pegawai dari JKR Sarawak semasa menjalankan tugas pemeriksaan cerun di Jalan persekutaun Negeri Sarawak pada 25-31 Januari 1999

Bersantai di Putrajaya

....bErSaNtAi bERsAmA kELuARga di PuTraJaYa Gambar diambil pada 8 Julai 2001

Monday, May 18, 2009

Lawatan kerja ke Jalan Gua Musang-Lojing-Cameron Highlands

.....berlatar belakang bukit yang dipotong untuk pembinaan jalan ke Cameron Highlands. Gambar diambil pada tahun 1999







Memang mencabar pembinaan jalan tersebut kerana ianya dibina dalam keadaan topografi, hidrologi dan geologi yang luar biasa.


Family Day Millenium 2001 Cawangan Jalan JKR Malaysia di Genting Highlands


Kenangan.............

di majlis hari keluarga Cawangan Jalan JKR Malaysia yang diadakan di Genting Highlands pada 23 September 2001......












...peminat setia...saiful apek (senario)

Anugerah Khidmat Cemerlang 2004

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2004. Rasanya masih terlalu kecil sumbangan kita pada negara tercinta......

Swimming Pool - SHAHZAN INN HOTEL, KUANTAN



.....letih melayan anak mandi kolam. lokasi Shahzan Inn Hotel, KUANTAN.












sila klik 'play' untuk melihat video...

Sunday, May 17, 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU




















SELAMAT PENGANTIN BARU...Perkahwinan adik perempuan bongsu (NOR FAZILA) pada 15 November 2008....semoga berbahagia hingga ke anak cucu. Beliau sekarang berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri, PUTRAJAYA.
.......bagai pinang dibelah dua







.....kenang-kenangan bersama keluarga tercinta

ECC Graduation Day - MUHAMMAD SYAZWAN







.........
Excellent Child Centre (ECC) Graduation Day MUHAMMAD SYAZWAN pada 14 November 2008 di Hotel Renaissanse Kota Bharu...
Kesian Iwan sebab baru lepas demam campak..tapi dah kena buat persembahan......




sila klik 'play' untuk melihat persembahan video...

sila klik 'play' untuk melihat persembahan video...

Kenangan di Guamon Resort Port Dickson

Gambar kenangan bersama keluarga semasa menghadiri Mesyuarat Kewangan Cawangan Jalan JKR Malaysia di Guamon Resort Port Dickson pada 23 Oktober 2000. Ketika itu masih berkhidmat di Unit Senggara Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia, KUALA LUMPUR.

'World Roads Congress' (WRC) - Kongres Jalan Sedunia di PWTC Tahun 1999

Gambar kenangan semasa menjadi Secretariat Kongres Jalan Sedunia yang diadakan di Putra World Trade Centre (PWTC), KUALA LUMPUR Tahun 1999

Thursday, May 14, 2009

Melancong ke Melaka Bandar Bersejarah & Pulau Pinang





























.....Melancong bersama isteri dan anak pertama (Muhammad Syahiran) ke Melaka Bandaraya Bersejarah pada Tahun 2000

.. ke Penang pada Januari 2001



Menginap di Tanjung Bungah Beach Hotel






....melayan Muhammad Syahiran mandi kolam dan pantai di sebelah hotel.


Wednesday, May 13, 2009

Di hari Konvokesyen UKM

Berkat usaha dan kesabaran serta pengorbanan..... kejayaan pasti akan menjadi milik kita. Congratulate buat isteri tercinta. Your Sacrifice sangat ku hargai. Gambar diambil pada tahun 2002. Gambar kecil...... baby yang ke-2 (Muhammad Syazwan semasa berumur 3 bulan)
Muhammad Syazwan ketika berumur 4 bulan
Sila klik pada Arkib Blog aMbO untuk catatan-catatan yang seterusnya.....


'Dragon Fruit' (Pokok Buah Naga) di Halaman Rumah



MyBlogLog