Kata-kata Hikmah...

"Ukuran muktamad bagi seorang insan bukan terletak pada bagaimana pendiriannya tatkala dia mengalami keadaan selesa dan mudah, tetapi pendiriannya ketika saat yang mencabar dan penuh kontroversi".

--(Martin Luther King, Jr.)--

Tuesday, November 30, 2010

Belajar dari orang yang berjaya

“Gigi kamu sumbing, halkum kamu tersembul sangat dan kamu bercakap terlalu perlahan.” Seorang eksekutif Universal Pictures ketika mengetepikan Clint Eastwood pada tahun 1959.

“Kamu tak akan sampai kemana-mana nak. Kamu sepatutnya balik memandu trak semula.” Jimmy Denny, pengurus Grand Ole Opry, ketika memecat Elvis Presley selepas sebuah persembahan tahun 1954.

Apabila F. W. Woolworth mencadangkan idea kedai lima sen sepuluh sen (nickel-and-dime store) kepada bos beliau, bosnya menolak bulat-bulat dengan berkata, “Idea itu terlalu berisiko dan tiada barang yang cukup yang boleh dijual dengan harga lima send an sepuluh sen.”

Bertahun-tahun kemudian, bekas bos tersebut didengar merungut, “Setakat yang boleh kukira, setiap perkataan yang aku lafazkan untuk menolak Woolworth telah merugikan aku sebanyak kira-kira sejuta dolar.”

Junko Tabei menjadi wanita pertama yang sampai di puncak Gunung Everest. Beliau sebagai seorang isteri dan ibu, terpaksa menghadapi cabaran mengutip wang untuk membiayai ekspidisi-ekspidi beliau dan membesarkan anaknya di samping menumpukan impiannya. Apa yang lebih menarik adalah beliau telah mendaki hampir 20 kemuncak gunung yang tertinggi di dunia ini.

Tahun 1967, Christiaan N. Barnard menjadi orang pertama yang melakukan pembedahan jantung manusia. Tahun 1974 beliau juga telah menjadi orang pertama yang memindahkan jantung kedua pada seorang pesakit dengan menyambung peredaran darah dua jantung tersebut supaya berfungsi menjadi satu. Disini beliau telah berjaya membuktikan manusia boleh hidup tanpa jantung.

Kisah diatas boleh memberi banyak pengajaran kepada kita. Mereka tidak mengendahkan kata-kata kejian yang di timpakan keatas mereka. Bahkan mereka berjaya membuktikan apa yang diperkatakan kepada mereka adalah salah sama sekali.

Akhirnya ingatlah kegagalan bukanlah pengakhiran kepada sebuah cerita. Kegagalan yang kita tempuhi sewajarnya menjadi batu loncatan kepada kita untuk kita menjadi lebih berjaya. Apapun ianya terpulang kepada kita semua bagaimana kita hendak berjaya bangkit daripada kegagalan yang telah kita tempuhi.
Sila klik pada Arkib Blog aMbO untuk catatan-catatan yang seterusnya.....


'Dragon Fruit' (Pokok Buah Naga) di Halaman Rumah


MyBlogLog