Kata-kata Hikmah...

"Ukuran muktamad bagi seorang insan bukan terletak pada bagaimana pendiriannya tatkala dia mengalami keadaan selesa dan mudah, tetapi pendiriannya ketika saat yang mencabar dan penuh kontroversi".

--(Martin Luther King, Jr.)--

Tuesday, April 20, 2010

Jom Heboh TV3 di Kelantan


Kelantan dibawah pentadbiran Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dilihat telah kehadapan berbanding negeri-negeri yang lain. Meskipun pada mulanya diragui kepimpinan ala ‘Ulama’, namun kini Tuan Guru telah menyangkal semua tomahan tersebut. Inilah istimewanya apabila pentadiran sesebuah kerajaan berada di bawah pentadbiran seorang ulama. Seorang yang fakih mengenai ilmu agama dan fakih mengenai pentadbiran negara. Rakyat berada dalam keadaan rahmat, negeri pula dalam keadaan selamat.

Jom Heboh yang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan pada 26-27 Mac 2010 yang lalu telah menyaksikan keunikannya tersendiri. Setelah hampir 7 tahun Jom Heboh ini diperkenalkan, buat pertama kalinya ia diadakan di Bumi Serambi Mekah ini. Ianya sekaligus menyangkal dan menjawab tohmahan-tohmahan nakal mengatakan Tuan Guru menutup semua pintu-pintu hiburan. Bahkan ia menjadi asas penting betapa Islam tidak pernah menolak hiburan. Cuma ia dilakukan berdasarkan syariat yang telah digariskan oleh Tuhan kita, Allah SWT.
Persetujuan bersama Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata persetujuan kerajaan itu hasil perbincangan antara pihak Media Prima dan Kerajaan Negeri. Asas kawalan utama adalah tetap melarang penyanyi wanita membuat persembahan. Manakala penonton hendaklah diasingkan mengikut tiga kategori iaitu berkeluarga, lelaki dan wanita.

“Keputusan itu dibuat oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) baru-baru ini, berdasarkan syarat-syarat yang dipersetujui kedua-dua pihak.” “Pihak berkenaan (TV3) memperakukan segala peraturan dan syarat-syarat pertunjukan itu, kerajaan negeri sedia menerima konsert itu tahun ini.” “Turut diadakan sempena Jom Heboh itu ialah satu slot khas bercorak agama yang melibatkan penyertaan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” jelas Takiyuddin.

Peraturan Kerajaan Negeri berkaitan perlaksanaan Jom Heboh di Bumi Serambi Mekah ini didasari dengan beberapa syarat dan garis panduan berdasarkan Dasar Kebudayaan Negeri Kelantan 1998. Antaranya mestilah berlandaskan Islam bagi mencapai keredaan Allah, apa-apa unsur kebudayaan luar hendaklah selaras dengan prinsip Islam, boleh diamalkan kebudayaan setiap kaum tetapi hanya untuk kaum tersebut, mengutamakan pembangunan yang mengambil kira nilai budaya setempat dan selaras dengan Islam, berlaku pengasingan lelaki dan wanita, dan amalan kebudayaan yang bercanggah dengan hukum syarak hendaklah disesuaikan dengan syarak.

Peluang keemasan Jom Heboh dilaksanakan, pasti Heboh satu negeri itu. Baik diruang sembang radio, warung-warung kopi, mahupun masjid-masjid. Ia seakan menjadi fenomena satu negeri itu tanpa mengira bangsa, agama mahupun peringkat usia. Jom Heboh anjuran TV3 ini tidak dinafikan memberi peluang keemasan kepada banyak pihak. Baik kepada penganjur, penaja, pengunjung mahupun kerajaan negeri itu sendiri.

Kerajaan Negeri boleh memberi penjelasan beberapa isu kepada rakyatnya. Para pendakwah pula boleh menyebarkan dakwah mereka kepada para pengunjung. Syarikat-syarikat di Kelantan juga boleh memperkenalkan produk mereka kepada para pengunjung.

"Jom Heboh Bakal Kembali Lagi" ......Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra memperkenankan Konsert Jom Heboh yang sebelum ini diharamkan kerajaan negeri supaya diteruskan lagi pada tahun depan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (Media Prima), Datuk Seri Farid Ridzuan, Tuanku melahirkan rasa gembira dengan suasana yang ditunjukkan dalam program itu yang lebih memberi penekanan kepada konsep kekeluargaan. Katanya, Pemangku Raja Kelantan juga gembira apabila melihat rakyat turut bergembira dengan pelbagai program yang disediakan melalui program berkenaan. “Baginda bertitah sekiranya rakyat Kelantan suka, kita (Jom Heboh) boleh datang lagi,” katanya selepas majlis rakaman program Al-Kulliyyah di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

Islam itu luas dakwah tadarruj (berperingkat dan berhikmah) yang diamalkan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz bukanlah satu perkara yang baru. Malah sejak penganjuran Konsert Mawi oleh Kelantan, pengunjungan para artis dan selebriti ke Kelantan berjumpa sendiri dengan beliau menjadi satu fenomena baru.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berjaya memecah tembok pemisah antara golongan seni dengan golongan ulama. Inilah petanda sunnah dakwah Rasulullah berjaya diamalkan di Kelantan hasil kebijaksanaan dan kesabaran pemimpinnya. Jika ada yang mengatakan Islam tidak membenarkan hiburan, nah ini adalah jawapan untuk persoalan tersebut. Jika ada yang mengatakan ulama tidak boleh bersama artis, mungkin perlu berfikir sekali lagi.



Monday, April 19, 2010

Akta HALAL kita yang TIDAK Bernilai????

Anda berasa lapar, lalu anda makan di sebuah restoran di tepi jalan. Anda memesan nasi ayam. Adakah anda yakin makanan yang anda beli itu halal? Jika anda yakin, adakah anda yakin ayam yang anda makan itu halal sembelihannya?

Seterusnya, apabila anda ingin membeli makanan ringan di kedai-kedai runcit, yakinkah anda makanan yang anda beli itu halal? Anda berkata ia mempunyai cop halal, tapi adakah anda yakin cop itu sah disisi undang-undang?

Ya..beginilah realiti keadaan makanan di Malaysia. Masih lemah dalam penguatkuasaan halal dan haramnya. Jikalau sudah dikuatkuasa pun, rakyatnya masih lemah dalam mendapat maklumat berkaitan.

Namun, mengapakah perkara ini berlaku? Malaysia dilihat masih lemah dalam pengurusan perundangannya. Akta halal masih gagal dibincang dan dilaksanakan dek kerana ahli parlimen kita lebih suka menunjukkan kejantanan masing-masing berbanding membincangkan masalah rakyat yang lebih utama.
Ia deperkuatkan lagi dengan kenyataan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau badan Islam lain yang diiktiraf. Mereka mendakwa tidak dapat melaksanakan tindakan tegas berhubung isu halal kerana ketiadaan Akta Halal untuk melaksanakan peraturan halal.

Pada masa sama, Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, turut mengakui tidak ada kerjasama yang padu antara Jakim, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam memerangi isu sijil halal yang tidak sah.

Nadzim turut mengingatkan umat Islam bahawa hanya tiga kopitiam saja yang mempunyai sijil halal sedangkan sebahagian besar yang lain tidak punyai sijil halal. Jika kita perhatikan, terdapat banyak kopitiam di seluruh Malaysia ini. Namun hanya tiga sahaja yang mempunyai sijil halal.

Kenyataan ini seharusnya kita pandang secara serius. Malaysia selaku Negara Islam seharusnya menjadi contoh yang baik kepada Negara Islam yang lain. Kita seharusnya terkehadapan berbanding Negara yang lain.

Makanan adalah rutin seharian kita. Kita tidak boleh hidup tanpa makan. Jika aspek halal dan haram ini dipandang ringan, maka tidak mustahil rakyat Malaysia terutama umat Islam akan menghadapi masalah yang lebih serius dalam menjalani kehidupan seharian.

Akta halal sememangnya penting untuk digubal. Tanpanya amat sukar bagi pihak berkuasa kita menjalankan tugas mereka. Selain itu, ia amat berkait rapat dengan kehidupan seharian rakyat Malaysia.

Pihak berkenaan juga seharusnya berpadu dan bersama dalam memastikan Malaysia terjaga makanan halal dan haramnya. Ini bukan masa kita menjadi seperti enau didalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.

Pendedahan secara besar-besaran juga harus dilakukan oleh pihak berwajib. Perkara ini bukan rahsia. Ia adalah perkara penting yang seharusnya diketahui oleh semua rakyat. Ia melibatkan makanan yang akan menjadi darah daging kita sendiri.

Akhirnya, semoga akta ini Berjaya digubal dan dilaksanakan sebaik mungkin di Malaysia. Jangan biarkan rakyat terus memakan makanan yang diragui halal haramnya. Moga usaha kita yang sedikit itu akan dirahmati Allah SWT.

Tak Bai, Thailand


Jalan-jalan ke Tak Bai, Thailand. Sempat singgah ke Pekan Tak Bai menaiki Feri JKR Pengkalan Kubor ketika membuat pemeriksaan jalan laluan FT134 Jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor pada jam 1.00 tengahari kelmarin.. cari Pauh Siam...murah-murah kat sana.

Orang Feri JKR Pgkln Kubor yg bawa... kalu tidak, tak berani masuk...takut bom..hehehe. .. tambang feri 50sen je, tapi dapat beli barang lebih murah dari seberang sini.



Monday, April 5, 2010

Naikkan Gaji Kakitangan Awam Jika Berjaya Meningkatkan Produktiviti?

Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyifatkan cadangan kerajaan untuk menaikkan gaji kakitangan awam jika mereka berjaya meningkatkan produktiviti adalah cabaran kepada sektor awam. Presidennya, Omar Osman berkata, jika semua kakitangan awam di negara ini sanggup meningkatkan produktiviti, tidak mustahil mereka akan merasai ganjaran baru daripada kerajaan.

* Integriti dan disiplin sebagai penjawat awan adalah kunci untuk merasai kenaikan itu dan ia sejajar dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru (MEB) yang diumumkan baru-baru ini, katanya kepada mStar Online.

* Beliau mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang berkata, gaji kakitangan awam boleh dinaikkan tetapi dengan syarat semua penjawat awam mesti meningkatkan produktiviti kerja mereka dan menyokong inisiatif kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara ekonomi berpendapatan tinggi.

* Perdana Menteri berkata, selagi produktiviti negara meningkat, gaji kakitangan awam akan diselaraskan seiring dengan ekonomi yang lebih kukuh.

* Menurut Omar, Teori kenaikan gaji itu sudah cantik, tetapi persoalannya di sini adalah mengenai mekanisme untuk melaksanakan perkara itu supaya semua penjawat awam lebih produktif dalam melakukan kerja.


---teman--- Cadangan kerajaan untuk menaikkan gaji untuk kakitangan awam ini boleh dijadikan alat untuk memotivasikan atau menggerakkan mereka ke arah lebih produktif dan saya juga setuju cadangan ini hanya akan dilaksanakan JIKA mereka berjaya meningkatkan produktiviti.

Friday, April 2, 2010

Sepandai-pandai tupai melompat......akhirnya jatuh ke tanah juga...Geng Pecah Rumah Tewas

Kali ke-3 rumah saya di pecah masuk oleh geng pecah rumah tetapi kata orang sepandai-pandai tupai melompat... akhirnya jatuh ke tanah juga..

..dibelasah oleh penduduk taman sebelum diserah kepada pihak polis


....bayangkan apabila kayu sebesar itu singgah di belakang anda akibat sikap anda yang cuba melawan orang kampung... Penduduk Taman mengambil masa selama hampir 4 jam lebih setelah orang tersebut terlepas dari kepungan dan memasuki semak pokok rotan.




Thursday, April 1, 2010

Jalan-jalan Cari Makan bersama keluarga di Terengganu..... 29-31 Mac 2010

Jalan-jalan cari makan di Terengganu sempena cuti sambutan Hari Keputeraan DYMM Al-Sultan Kelantan pada 30 & 31 Mac 2010 di Kelantan....

..melayan anak-anak di swimming pool Gem Beach Resort, Batu Rakit, Terengganu.

....Melawat Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Terengganu
.. berlatar belakangkan pemandangan Masjid Kristal


Sila klik pada Arkib Blog aMbO untuk catatan-catatan yang seterusnya.....


'Dragon Fruit' (Pokok Buah Naga) di Halaman Rumah



MyBlogLog