Kata-kata Hikmah...

"Ukuran muktamad bagi seorang insan bukan terletak pada bagaimana pendiriannya tatkala dia mengalami keadaan selesa dan mudah, tetapi pendiriannya ketika saat yang mencabar dan penuh kontroversi".

--(Martin Luther King, Jr.)--

Saturday, December 4, 2010

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun.. Haramkah membacanya??

Petikan ini diambil dari satu penulisan hamba Allah untuk dikongsi bersama...
 
Terbaca di beberapa blog dan forum baru-baru ini, memandangkan hampirnya kita memasuki tahun baru Hijrah, berkemundang sekali lagi seruan bahawa bacaan Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun merupakan satu bid'ah yang jelas haram di sisi Islam. Benarkan apa yang dihebohkan ini? Kalau benar mengapa saban tahun setiap jabatan agama negeri tidak pernah menghalang sambutan ini? Adakah tok mufti dan semua ustaz yang berada di setiap jabatan agama ni bersekongkol dalam kesesatan? Sama-sama kita kaji..

Biasanya apabila kita tidak mengetahui asas bagi satu masalah, maka kita akan mudah membuat keputusan yang salah. Asas dan sebab bagi satu masalah merupakan kunci bagi kita untuk mendapatkan jawapan bagi masalah tersebut. Di sini kita perlu mengkaji dua masalah. Mengapa dibaca doa akhir dan awal tahun. Seterusnya mengapa pula satu golongan lagi cuba untuk mengharamkan perbuatan ini.

Asas pendapat pertama. Kita lihat dari sudut amalan para ulamak berkurun lamanya bukan sahaja di nusantara malahan di banyak lagi tempat di dunia, yang mengamalkan berdoa di akhir dan awal tahun. Apakah asas mereka? Jawapannya yang ringkas, bukankah kita semua mengetahui bahawa beredarnya bulan dan tahun ini merupakan tanda kekuasaan Allah? Maka tidak layakkah kita sebagai hamba yang lemah memuji Allah apabila kita memerhatikan kebesaranNya? Seterusnya, bukankah molek kalau kita akhiri akhir tahun kita dengan memohon ampun atas kesalahan kita sepanjang tahun lalu, dan seterusnya memulakan awal tahun baru, dengan berdoa kepada Allah agar tahun yang mendatang dipenuhi rahmah dan maghfirahNya? Doa itu senjata mukmin. Maka gunakanlah senjata ada sebaik mungkin.

Asas pendapat kedua. Bid'ah dholalah (atau kata mereka bid'ah secara mutlak) adalah mengadakan sesuatu yg baru yang tiada asasnya langsung dalam agama. Itu kata kita. Ada di kalangan mereka yang menyalah erti bahawa bid'ah adalah sesuatu urusan agama yang tidak dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Namun sangkaan ini amat tersasar dari kebenaran berdasarkan terlalu banyak dalil menunjukkan keharusan perkara dalam agama yang tidak dilakukan oleh Rasulullah seperti menghimpunkan Al-Quran dan azan solat jumaat sebanyak dua kali yang dilakukan oleh Saiyidina Usman. Maka diistilahkan pula oleh Imam Syafie dan para mujtahidin yang lain perkara ini sebagai bid'ah hasanah. Malah diklasifikasikan pula oleh Imam Nawawi bid'ah kepada 5 hukum taklifi yang ada. Mereka kata klasifikasi ini klasifikasi dari sudut bahasa, namun jika kita kaji bid'ah dari segi bahasa bukanlah yang dimaksudkan oleh Imam Syafie dan yg lain, tetapi bid'ah dalam agama.

Apapun yang diistilahkan kita sepakat mengatakan bahawa perkara yang dibaharukan yang tiada asasnya langsung dalam agama hukumnya haram dan bid'ah yang dholalah. Nah, sekarang mereka membuat pula satu kaedah. Jika satu ibadat itu dilakukan pada satu waktu tertentu atau hari tertentu atau bilangan tertentu tanpa ada hadis yang warid dari Rasulullah s.a.w. maka ianya dikira sebagai bid'ah (baca bid'ah dholalah) dan haram. 2 asas inilah yang dipegang menjadikan bacaan doa akhir dan awal tahun sebagai haram.

Maka apa pula komentar bagi kedua-dua hujjah kedua-dua golongan ini ya?

Perbincangan bagi hujjah pendapat yang pertama. Dikatakan bahawa memuji Allah apabila memerhatikan kebesaran-Nya. Benar. Namun cara kita menunjukkan pujian dan bersyukur itu perlukan petunjuk dari Allah dan Rasul-Nya s.a.w. Bukannya mengikut fikiran kita semata-mata. Adakah berdoa tersebut cukup untuk menghapuskan segala dosa yang berlaku di sepanjang tahun. Kalau begitu mudahla, Buat dosa banyak-banyak. Akhir tahun doa jelah. Lagipun kalau doa ni pun da bid'ah dan berdosa, sebenarnya bukan hapuskan dosa tapi tambahkan dosa lagi.

Jawapan kepada perbincangan ini. Cara kita menunjukkan pujian dan bersyukur adalah diharuskan selagi mana tidak melanggar syara'. Sebanyak mana pun kita bersyukur takkan cukup dengan nikmat yang Allah beri. Lagipun kita bukan bersyukur mengikut fikiran kita semata-mata, tetapi berdasarkan kepada petunjuk Allah dan Rasul-Nya jugak kan. Bukankah berdoa ini satu cara yang ditunjukkan dan diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Bukannya kita sambut dgn konsert atau pertunjukkan bunga api.

Berkenaan doa boleh menghapuskan dosa atau tidak tersebut, urusan tersebut diserahkan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah yang memerintah kita supaya berdoa dan Dialah yang memakbulkan doa dan mengampunkan dosa. Ini merupakan usaha kita yg diperintah oleh-Nya. Hujjah buat dosa banyak2 kemudian berdoa adalah hujah yang dangkal, kerana tiada siapa yang mengetahui selama mana hayatnya. Juga ia seolah-olah mempermain-mainkan mereka yang berdoa setiap hari agar diampunkan oleh Allah. Mengapa tidak tunggu tua sahaja baru berdoa. waktu muda buat dosalah banyak2. Hujah yang amat cetek dan tidak perlu dihiraukan, tetapi perlu dijawab kerana banyak antara mereka yang cetek ilmu, tapi mengaku berilmu. Semua kita sepakat bahawa melakukan perkara yang dilarang oleh syarak secara pasti dan mesti adalah haram. Jadi mengapa perlu dipersoalkan perkara begini. Tetapi kita sebagai manusia yang tidak maksum pasti tidak akan lari dari kesalahan. Jadi kita perlu dari masa ke semasa meminta pengampunan dari Allah s.w.t. Niat melakukan dosa dengan harapan berdoa di waktu lain agar diampunkan adalah niat yang jelas salah dan terlarang.

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah

Isnin ini (6 November 2010 bersamaan 29 Zulhijjah 1431H), kita akan melangkah ke Tahun Baru Hijrah 1432H. Di sini dikongsikan Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun Hijrah untuk dibaca petang esok (Isnin). Semoga semua amalan kita diterima dan semua dosa diampunkan oleh-Nya. Dan semoga kita menjadi insan lebih mulia, lebih bertakwa dan berhijrah menjadi lebih baik dari sebelum ini. Amin…

Doa Akhir Tahun. Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib.
 
Doa Awal Tahun. Dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib.
 

Tuesday, November 30, 2010

Belajar dari orang yang berjaya

“Gigi kamu sumbing, halkum kamu tersembul sangat dan kamu bercakap terlalu perlahan.” Seorang eksekutif Universal Pictures ketika mengetepikan Clint Eastwood pada tahun 1959.

“Kamu tak akan sampai kemana-mana nak. Kamu sepatutnya balik memandu trak semula.” Jimmy Denny, pengurus Grand Ole Opry, ketika memecat Elvis Presley selepas sebuah persembahan tahun 1954.

Apabila F. W. Woolworth mencadangkan idea kedai lima sen sepuluh sen (nickel-and-dime store) kepada bos beliau, bosnya menolak bulat-bulat dengan berkata, “Idea itu terlalu berisiko dan tiada barang yang cukup yang boleh dijual dengan harga lima send an sepuluh sen.”

Bertahun-tahun kemudian, bekas bos tersebut didengar merungut, “Setakat yang boleh kukira, setiap perkataan yang aku lafazkan untuk menolak Woolworth telah merugikan aku sebanyak kira-kira sejuta dolar.”

Junko Tabei menjadi wanita pertama yang sampai di puncak Gunung Everest. Beliau sebagai seorang isteri dan ibu, terpaksa menghadapi cabaran mengutip wang untuk membiayai ekspidisi-ekspidi beliau dan membesarkan anaknya di samping menumpukan impiannya. Apa yang lebih menarik adalah beliau telah mendaki hampir 20 kemuncak gunung yang tertinggi di dunia ini.

Tahun 1967, Christiaan N. Barnard menjadi orang pertama yang melakukan pembedahan jantung manusia. Tahun 1974 beliau juga telah menjadi orang pertama yang memindahkan jantung kedua pada seorang pesakit dengan menyambung peredaran darah dua jantung tersebut supaya berfungsi menjadi satu. Disini beliau telah berjaya membuktikan manusia boleh hidup tanpa jantung.

Kisah diatas boleh memberi banyak pengajaran kepada kita. Mereka tidak mengendahkan kata-kata kejian yang di timpakan keatas mereka. Bahkan mereka berjaya membuktikan apa yang diperkatakan kepada mereka adalah salah sama sekali.

Akhirnya ingatlah kegagalan bukanlah pengakhiran kepada sebuah cerita. Kegagalan yang kita tempuhi sewajarnya menjadi batu loncatan kepada kita untuk kita menjadi lebih berjaya. Apapun ianya terpulang kepada kita semua bagaimana kita hendak berjaya bangkit daripada kegagalan yang telah kita tempuhi.

Monday, September 20, 2010

Friday, September 17, 2010

Jika Isteri Menangis Di Hadapan Mu














Jika isteri menangis di hadapanmu, "Hargailah ia sebelum terlewat."

Jika seorang isteri menangis di hadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali di depan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,
jika seorang isteri pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat
kau terperuk terlalu dalam .

Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya...
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis di depanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT
yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan insan ini?
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...
PELUKAN & CIUMANnya
bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya...
Dia sangat
GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN
air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal.
Bahawa "Betapa BERHARGAnya dia".


Sunday, August 8, 2010

FACEBOOK... FACEBOOK... FACEBOOK....









Facebook
Facebook memang best... Facebook no.1 di Malaysia
itu memang Fakta...

Hampir semua orang ada Facebook.
Saya pun aktif ber facebook.
Tujuan saya berfacebook ialah untuk jejaki kawan kawan lama yang terpisah.
Juga untuk sentiasa keep in touch dgn sedara sedara yang tinggal berjauhan.
Kadang tu ada jugak kongsi gosip terkini.

Acapkali jugak saya jelajahi facebook orang lain hanya untuk suka suka.
Untuk MELIHAT orang lain dan MENCERMINKAN diri sendiri.

Menerima hakikat manusia tak sama.
Memang benar hakikat tersebut....

Saya tak akan accept request dari orang yang saya tak kenal untuk berada dalam list of friends

Berhati hati kerana macam macam orang yang ada di facebook.

Saya tidak suka menyentuh hal-hal sensitif di ruang komen.

Paling saya tak suka bila ada orang promote bisness di facebook saya tu.

Bagi saya facebook tempat rehat minda, share jokes dan sembang kosong saja. Saya selesa berinteraksi dengan cara ini dengan rakan taulan. Tapi, kenapalah ada orang yang guna facebook untuk menyinggung perasaan orang lain? mengutuk... mencela...?

Ada juga orang yang menjadi 'orang lain' di fb.... untuk apa?

Ada yang mengambil kesempatan untuk test market, nampak sangat desperate tu.
Tak kurang jugak yang lupa, facebook ini boleh menjerat diri.

Hmm...
Buatlah apa saja dengan facebook anda.
Asal anda bahagia.

Wednesday, July 28, 2010

Penulis BLOG perlu KOD ETIKA !!!!!!

Setuju sangat-sangat dengan saranan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. M supaya penulis-penulis melalui media alternatif spt Blog di negara ini perlu mempunyai kod etika supaya penulisan mereka akan lebih berdisiplin atau dengan kata lain berdasarkan FAKTA dan bukannya CERITA semata-mata.

Penulis Blog seharusnya menulis berasaskan kepada fakta dan kebenaran bukannya sekadar sesuka hati yang boleh menjerat diri mereka sendiri dengan isu-isu sensitif yang mereka paparkan.

Penulis blog mempunyai kuasa untuk menyampaikan pelbagai maklumat dan kuasa yang dimiliki itu seharusnya digunakan untuk menyampaikan maklumat secara berhemah.

--teman -- fikir-2 kan....

Saturday, May 15, 2010

Doa bila Umur dah masuk 40 tahun......

سُوۡرَةُ الاٴحقاف
وَوَصَّيۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ بِوَٲلِدَيۡهِ إِحۡسَـٰنًا‌ۖ حَمَلَتۡهُ أُمُّهُ ۥ كُرۡهً۬ا وَوَضَعَتۡهُ كُرۡهً۬ا‌ۖ وَحَمۡلُهُ ۥ وَفِصَـٰلُهُ ۥ ثَلَـٰثُونَ شَہۡرًا‌ۚ حَتَّىٰٓ إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ ۥ وَبَلَغَ أَرۡبَعِينَ سَنَةً۬ قَالَ رَبِّ أَوۡزِعۡنِىٓ أَنۡ أَشۡكُرَ نِعۡمَتَكَ ٱلَّتِىٓ أَنۡعَمۡتَ عَلَىَّ وَعَلَىٰ وَٲلِدَىَّ وَأَنۡ أَعۡمَلَ صَـٰلِحً۬ا تَرۡضَٮٰهُ وَأَصۡلِحۡ لِى فِى ذُرِّيَّتِىٓ‌ۖ إِنِّى تُبۡتُ إِلَيۡكَ وَإِنِّى مِنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ (١٥)
Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyusunya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh (40) tahun ia berdoa.....

"Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau redai, berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.

Cerita dari Istana.........

Nak dengar cerita dari istana?
Ramai yang duk tanya saya mengenai tajuk ni.
Saya pun heran..nak kata saya ni kerabat tu tidak.
Mungkin sebab saya berjiran dengan kerabat kot.
Atau pun mungkin saya ni orang tempatan...
orang yang paling dekat berbanding kekawan kat sana..
Saya tau sikit sikit saja ni..
tapi dah lupa lah sesetengah fakta.

Ceritanya macam ni...
Pada zaman dahulu kala, tinggallah seorang raja dengan permaisurinya yang jelita di sebuah istana yang besar dan cantik. Raja tu bernama Alamsyahbanar dari negeri Inderapura. Beliau tidak dikurniakan seorang pun cahayamata maka gundah gulana lah raja dan permaisuri itu...

Haah?
Tak nak dengar cerita ni?
Ini saja cerita istana yang saya tahu

Ni lah hikayat Musang Berjanggut.
Tak apalah, dah tak nak tu saya stop kat sini lah.

Sooooooryyyyyyy.....
Mulut saya belum diinsurankan lagi.
Tak berani la saya nak ulas apa apa.
Takut juga berlubang kepala....
Sapa laaaa nak kasi makan anak anak saya nanti.
Seperti kata kawan-kawan blogger saya tu..

KADANG KALA DIAM ITU ADALAH LEBIH BAIK.

Hantaran Al-Quran


“Sayang, tengok nih. Cantiknya Al-Quran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil. "Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu Al-Quran yang bakal dijadikan hantaran. “Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah. “Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an. “Oh, kami cari Al-Quran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ. “Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum. “Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain. “Kalau gitu, tak perlu lah beli Al-Quran kalau sekadar hantaran. Kesian Al-Quran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah. “Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya. “Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik.. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid. “Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan Al-Quran warna unggu keemasan. Saiznya kecil. “Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut. “Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel. Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba. Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema. Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih. “Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak.. usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu. “Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib. Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih. “Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku. “Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah Ar-Ra’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi. Surah Ar-Ra’d

Surah Ar Ra'd
“Apa benda nih” detik hati Nabil.
“Bismillahirrahmaanirrahim..... ALL..... MAA..... RIII.....!!” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas. “Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam Al-Quran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassyaitaanirrajim.. Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM.. RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama Al-Qurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu Al-Quran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina Al-Quran. Beli Al-Quran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.

“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab Al-Quran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh Al-Quran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan Al-Quran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu. Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab Al-Quran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.



Wednesday, May 12, 2010

Selamat Tinggal UPPJ

tengok puas2.....
pandang puas2......
duduk puas2.......

sebab lepas ni dah kena pindah...
beratnya rasa.....
UPPJ dalam kenangan...

Tuesday, April 20, 2010

Jom Heboh TV3 di Kelantan


Kelantan dibawah pentadbiran Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dilihat telah kehadapan berbanding negeri-negeri yang lain. Meskipun pada mulanya diragui kepimpinan ala ‘Ulama’, namun kini Tuan Guru telah menyangkal semua tomahan tersebut. Inilah istimewanya apabila pentadiran sesebuah kerajaan berada di bawah pentadbiran seorang ulama. Seorang yang fakih mengenai ilmu agama dan fakih mengenai pentadbiran negara. Rakyat berada dalam keadaan rahmat, negeri pula dalam keadaan selamat.

Jom Heboh yang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan pada 26-27 Mac 2010 yang lalu telah menyaksikan keunikannya tersendiri. Setelah hampir 7 tahun Jom Heboh ini diperkenalkan, buat pertama kalinya ia diadakan di Bumi Serambi Mekah ini. Ianya sekaligus menyangkal dan menjawab tohmahan-tohmahan nakal mengatakan Tuan Guru menutup semua pintu-pintu hiburan. Bahkan ia menjadi asas penting betapa Islam tidak pernah menolak hiburan. Cuma ia dilakukan berdasarkan syariat yang telah digariskan oleh Tuhan kita, Allah SWT.
Persetujuan bersama Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata persetujuan kerajaan itu hasil perbincangan antara pihak Media Prima dan Kerajaan Negeri. Asas kawalan utama adalah tetap melarang penyanyi wanita membuat persembahan. Manakala penonton hendaklah diasingkan mengikut tiga kategori iaitu berkeluarga, lelaki dan wanita.

“Keputusan itu dibuat oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) baru-baru ini, berdasarkan syarat-syarat yang dipersetujui kedua-dua pihak.” “Pihak berkenaan (TV3) memperakukan segala peraturan dan syarat-syarat pertunjukan itu, kerajaan negeri sedia menerima konsert itu tahun ini.” “Turut diadakan sempena Jom Heboh itu ialah satu slot khas bercorak agama yang melibatkan penyertaan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” jelas Takiyuddin.

Peraturan Kerajaan Negeri berkaitan perlaksanaan Jom Heboh di Bumi Serambi Mekah ini didasari dengan beberapa syarat dan garis panduan berdasarkan Dasar Kebudayaan Negeri Kelantan 1998. Antaranya mestilah berlandaskan Islam bagi mencapai keredaan Allah, apa-apa unsur kebudayaan luar hendaklah selaras dengan prinsip Islam, boleh diamalkan kebudayaan setiap kaum tetapi hanya untuk kaum tersebut, mengutamakan pembangunan yang mengambil kira nilai budaya setempat dan selaras dengan Islam, berlaku pengasingan lelaki dan wanita, dan amalan kebudayaan yang bercanggah dengan hukum syarak hendaklah disesuaikan dengan syarak.

Peluang keemasan Jom Heboh dilaksanakan, pasti Heboh satu negeri itu. Baik diruang sembang radio, warung-warung kopi, mahupun masjid-masjid. Ia seakan menjadi fenomena satu negeri itu tanpa mengira bangsa, agama mahupun peringkat usia. Jom Heboh anjuran TV3 ini tidak dinafikan memberi peluang keemasan kepada banyak pihak. Baik kepada penganjur, penaja, pengunjung mahupun kerajaan negeri itu sendiri.

Kerajaan Negeri boleh memberi penjelasan beberapa isu kepada rakyatnya. Para pendakwah pula boleh menyebarkan dakwah mereka kepada para pengunjung. Syarikat-syarikat di Kelantan juga boleh memperkenalkan produk mereka kepada para pengunjung.

"Jom Heboh Bakal Kembali Lagi" ......Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra memperkenankan Konsert Jom Heboh yang sebelum ini diharamkan kerajaan negeri supaya diteruskan lagi pada tahun depan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (Media Prima), Datuk Seri Farid Ridzuan, Tuanku melahirkan rasa gembira dengan suasana yang ditunjukkan dalam program itu yang lebih memberi penekanan kepada konsep kekeluargaan. Katanya, Pemangku Raja Kelantan juga gembira apabila melihat rakyat turut bergembira dengan pelbagai program yang disediakan melalui program berkenaan. “Baginda bertitah sekiranya rakyat Kelantan suka, kita (Jom Heboh) boleh datang lagi,” katanya selepas majlis rakaman program Al-Kulliyyah di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

Islam itu luas dakwah tadarruj (berperingkat dan berhikmah) yang diamalkan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz bukanlah satu perkara yang baru. Malah sejak penganjuran Konsert Mawi oleh Kelantan, pengunjungan para artis dan selebriti ke Kelantan berjumpa sendiri dengan beliau menjadi satu fenomena baru.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berjaya memecah tembok pemisah antara golongan seni dengan golongan ulama. Inilah petanda sunnah dakwah Rasulullah berjaya diamalkan di Kelantan hasil kebijaksanaan dan kesabaran pemimpinnya. Jika ada yang mengatakan Islam tidak membenarkan hiburan, nah ini adalah jawapan untuk persoalan tersebut. Jika ada yang mengatakan ulama tidak boleh bersama artis, mungkin perlu berfikir sekali lagi.



Monday, April 19, 2010

Akta HALAL kita yang TIDAK Bernilai????

Anda berasa lapar, lalu anda makan di sebuah restoran di tepi jalan. Anda memesan nasi ayam. Adakah anda yakin makanan yang anda beli itu halal? Jika anda yakin, adakah anda yakin ayam yang anda makan itu halal sembelihannya?

Seterusnya, apabila anda ingin membeli makanan ringan di kedai-kedai runcit, yakinkah anda makanan yang anda beli itu halal? Anda berkata ia mempunyai cop halal, tapi adakah anda yakin cop itu sah disisi undang-undang?

Ya..beginilah realiti keadaan makanan di Malaysia. Masih lemah dalam penguatkuasaan halal dan haramnya. Jikalau sudah dikuatkuasa pun, rakyatnya masih lemah dalam mendapat maklumat berkaitan.

Namun, mengapakah perkara ini berlaku? Malaysia dilihat masih lemah dalam pengurusan perundangannya. Akta halal masih gagal dibincang dan dilaksanakan dek kerana ahli parlimen kita lebih suka menunjukkan kejantanan masing-masing berbanding membincangkan masalah rakyat yang lebih utama.
Ia deperkuatkan lagi dengan kenyataan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau badan Islam lain yang diiktiraf. Mereka mendakwa tidak dapat melaksanakan tindakan tegas berhubung isu halal kerana ketiadaan Akta Halal untuk melaksanakan peraturan halal.

Pada masa sama, Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, turut mengakui tidak ada kerjasama yang padu antara Jakim, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam memerangi isu sijil halal yang tidak sah.

Nadzim turut mengingatkan umat Islam bahawa hanya tiga kopitiam saja yang mempunyai sijil halal sedangkan sebahagian besar yang lain tidak punyai sijil halal. Jika kita perhatikan, terdapat banyak kopitiam di seluruh Malaysia ini. Namun hanya tiga sahaja yang mempunyai sijil halal.

Kenyataan ini seharusnya kita pandang secara serius. Malaysia selaku Negara Islam seharusnya menjadi contoh yang baik kepada Negara Islam yang lain. Kita seharusnya terkehadapan berbanding Negara yang lain.

Makanan adalah rutin seharian kita. Kita tidak boleh hidup tanpa makan. Jika aspek halal dan haram ini dipandang ringan, maka tidak mustahil rakyat Malaysia terutama umat Islam akan menghadapi masalah yang lebih serius dalam menjalani kehidupan seharian.

Akta halal sememangnya penting untuk digubal. Tanpanya amat sukar bagi pihak berkuasa kita menjalankan tugas mereka. Selain itu, ia amat berkait rapat dengan kehidupan seharian rakyat Malaysia.

Pihak berkenaan juga seharusnya berpadu dan bersama dalam memastikan Malaysia terjaga makanan halal dan haramnya. Ini bukan masa kita menjadi seperti enau didalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.

Pendedahan secara besar-besaran juga harus dilakukan oleh pihak berwajib. Perkara ini bukan rahsia. Ia adalah perkara penting yang seharusnya diketahui oleh semua rakyat. Ia melibatkan makanan yang akan menjadi darah daging kita sendiri.

Akhirnya, semoga akta ini Berjaya digubal dan dilaksanakan sebaik mungkin di Malaysia. Jangan biarkan rakyat terus memakan makanan yang diragui halal haramnya. Moga usaha kita yang sedikit itu akan dirahmati Allah SWT.

Tak Bai, Thailand


Jalan-jalan ke Tak Bai, Thailand. Sempat singgah ke Pekan Tak Bai menaiki Feri JKR Pengkalan Kubor ketika membuat pemeriksaan jalan laluan FT134 Jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor pada jam 1.00 tengahari kelmarin.. cari Pauh Siam...murah-murah kat sana.

Orang Feri JKR Pgkln Kubor yg bawa... kalu tidak, tak berani masuk...takut bom..hehehe. .. tambang feri 50sen je, tapi dapat beli barang lebih murah dari seberang sini.



Monday, April 5, 2010

Naikkan Gaji Kakitangan Awam Jika Berjaya Meningkatkan Produktiviti?

Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyifatkan cadangan kerajaan untuk menaikkan gaji kakitangan awam jika mereka berjaya meningkatkan produktiviti adalah cabaran kepada sektor awam. Presidennya, Omar Osman berkata, jika semua kakitangan awam di negara ini sanggup meningkatkan produktiviti, tidak mustahil mereka akan merasai ganjaran baru daripada kerajaan.

* Integriti dan disiplin sebagai penjawat awan adalah kunci untuk merasai kenaikan itu dan ia sejajar dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru (MEB) yang diumumkan baru-baru ini, katanya kepada mStar Online.

* Beliau mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang berkata, gaji kakitangan awam boleh dinaikkan tetapi dengan syarat semua penjawat awam mesti meningkatkan produktiviti kerja mereka dan menyokong inisiatif kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara ekonomi berpendapatan tinggi.

* Perdana Menteri berkata, selagi produktiviti negara meningkat, gaji kakitangan awam akan diselaraskan seiring dengan ekonomi yang lebih kukuh.

* Menurut Omar, Teori kenaikan gaji itu sudah cantik, tetapi persoalannya di sini adalah mengenai mekanisme untuk melaksanakan perkara itu supaya semua penjawat awam lebih produktif dalam melakukan kerja.


---teman--- Cadangan kerajaan untuk menaikkan gaji untuk kakitangan awam ini boleh dijadikan alat untuk memotivasikan atau menggerakkan mereka ke arah lebih produktif dan saya juga setuju cadangan ini hanya akan dilaksanakan JIKA mereka berjaya meningkatkan produktiviti.

Friday, April 2, 2010

Sepandai-pandai tupai melompat......akhirnya jatuh ke tanah juga...Geng Pecah Rumah Tewas

Kali ke-3 rumah saya di pecah masuk oleh geng pecah rumah tetapi kata orang sepandai-pandai tupai melompat... akhirnya jatuh ke tanah juga..

..dibelasah oleh penduduk taman sebelum diserah kepada pihak polis


....bayangkan apabila kayu sebesar itu singgah di belakang anda akibat sikap anda yang cuba melawan orang kampung... Penduduk Taman mengambil masa selama hampir 4 jam lebih setelah orang tersebut terlepas dari kepungan dan memasuki semak pokok rotan.




Thursday, April 1, 2010

Jalan-jalan Cari Makan bersama keluarga di Terengganu..... 29-31 Mac 2010

Jalan-jalan cari makan di Terengganu sempena cuti sambutan Hari Keputeraan DYMM Al-Sultan Kelantan pada 30 & 31 Mac 2010 di Kelantan....

..melayan anak-anak di swimming pool Gem Beach Resort, Batu Rakit, Terengganu.

....Melawat Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Terengganu
.. berlatar belakangkan pemandangan Masjid Kristal


Friday, March 12, 2010

Facebook...siapa disebaliknya...

Walaupun bagi sesetengah orang cerita ini cerita lama, tetapi apa salahnya kita kongsikan sekali lagi sebagai info tambahan.

Ramai yang suka menggunakan laman web sosial seperti MySpace, Frienster, Tagged dan juga Facebook untuk mencari kawan dan juga member lama di ruangan maya. Ada yang menjadikan laman web sosial sebegini sebagai satu tempat untuk mereka berkarya, tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai satu tempat dalam memperjuangkan wadah dan pemikiran masing-masing. Yang penting, ianya PERCUMA dan itulah yang saya ingin kongsikan.

Laman web sosial sekarang tidak ubah seperti blog. Dengan menggunakan umpan yang paling senang iaitu PERCUMA, berduyun-duyun pengguna Internet akan berusaha untuk mendapat satu account bagi diri masing-masing. Apatah lagi kalau username mereka masih belum diguna pakai oleh orang lain. Betulkan? Jadi sebagai pembuka kata, hari ini kita akan berkongsi sedikit info mengenai laman web sosial yang sedang meletup iaitu FACEBOOK.

Sebenarnya, ada sebahagian "dark side" yang tidak diketahui oleh berjuta pengguna internet di dunia ini mengenai Facebook. Ini adalah satu konspirasi teori yang telahpun menjadi fakta benar dan apa yang boleh kita lakukan sekarang adalah "lihat" dan "terus melihat". Jika ada di antara kita yang telah meletakkan butir-butir peribadi sebenar di dalam Facebook, maknanya tiada apa lagi yang kita boleh lakukan. Sedarkah kita siapa sebenarnya di belakang Facebook? Sedarkah kita bahawa semua data-data yang kita berikan itu telahpun disimpan oleh pihak yang berkepentingan di luar negara sana?

Mereka boleh mengakses semua mengenai kita dan dengan mudah mendapat semua butir-butir diri tanpa perlu bertanya kepada kita, bos kita, kawan-kawan kita, pihak universiti kita, keluarga kita dan banyak lagi sumber at anytime they want! Dan yang lebih menyedihkan lagi, ramai dari kita terutamanya rakyat Malaysia sudahpun memberikan 100% info dan butir-butir diri mereka dengan TEPAT. Apabila ditanya, mereka dengan mudah menjawab, "nanti kalau member lama atau member sekolah ingin mencari kita, senang sikit!"

Malang sekali bukan itu yang berlaku.

Dalam pada keghairahan yang kita sendiri wujudkan terhadap Facebook, kita sedikitpun tidak membaca dasar ataupun polisi yang Facebook letak di dalam laman web mereka. Yang kita tahu hanyalah PERCUMA dan sikap ramah dan jujur kita itulah yang boleh memakan diri kita sendiri sebenarnya.

Mari kita lihat apakah yang Facebook nyatakan mengenai butir-butir peribadi yang kita sendiri masukkan dalam account Facebook kita.

Cuba bayangkan!

Facebook yang telah menjadi kegilaan pengguna internet adalah tempat yang paling mudah untuk pihak yang berkepentingan mendapatkan data peribadi mereka dengan PERCUMA. Bagi pengguna kebanyakan (mereka yang bukan extreme), mungkin ia tidak akan membawa keuntungan kepada pihaknya tetapi bagi mereka yang mempunyai "title" sebagai "professional" seperti seorang doktor, peguam, PROFESSOR, scientist dan yang seumpamanya… inilah MANGSA yang sebenarnya.

Mengapa?

Kerana sama ada kita percaya atau tidak, ramai golongan professional yang meletakkan segala butir-butir mengenai diri mereka dengan lengkap bagai nak rak dengan alasan mereka mempunyai kawan di seluruh dunia dan masing-masing tidak mahu "kalah" dalam menceritakan semua kejayaan dan kegiatan yang telah mereka kecapi. Bukankah itu semua adalah PRIVACY diri sendiri?

Pernahkah kita/mereka fikirkan mengenai RISIKO yang mereka letakkan ke atas diri mereka sendiri?
- Habis semua data mengenai aktiviti dimasukkan.
- Habis semua data mengenai achievement diri dimasukkan.
- Address, hometown, phone number, clubs, jobs, rekod pendidikan, interests, daily schedule, habis diberikan begitu sahaja. Itu semua akan disimpan oleh pihak tersebut sebagai data yang boleh dijadikan statistik untuk kegunaan mereka pada masa hadapan. Malah, maklumat mengenai keluarga juga dimasukkan dengan selamba.

Kita marah bila orang mengambil tahu hal kita.
Kita marah bila orang mencungkil privacy kita.

Tapi kita tidak sedar yang kita telah "berikan" semuanya di dalam Facebook kita! Ikut percakapan kasar orang di warung kopi, bunyinya memang menarik. Ini dialognya: Esok kalau katakan mereka hendak menyerang Malaysia, mereka sudahpun tahu dimanakah golongan bijak pandai di Malaysia ini berada/tinggal. Bukankah semua info yang mereka perlukan sudahpun ada dalam tangan mereka?

Facebook best!
Face book nombor 1 sekarang !!!
Memang betul.

Itu memang satu fakta. Tiada siapapun boleh menafikannya.

Bagi aku, bersosial di laman web seperti Facebook ini tidaklah salah. Malah bagus kerana silap haribulan, boleh buat duit lagi. Tapi berhati-hatilah dengan semua privasi diri sendiri. Jangan sesekali memberikan maklumat penting. Palsukan semua maklumat yang dirasakan tinggi privasinya. Maklumlah.. rakyat Malaysia inikan cepat terpengaruh. Apalagi dengan benda PERCUMA sebegini.

Bukan hendak mengata diri sendiri, tetapi ini telahpun terbukti. Kalau tidak percaya, pergilah di Fotopages dan lihat siapakah pengguna terbesar Fotopages kelolaan rakyat Israel tu…! Jawapannya adalah rakyat Malaysia. Tidak syak lagi… Jadi, apa yang perlu kita lakukan sekarang?

Jawapannya mudah. Bagi mereka yang pernah memasukkan data privasi mereka, senyum sahajalah. Bagi mereka yang belum dan baru nak mendaftar, berhati-hati. Itu sahaja.

Tuesday, February 16, 2010

Bersama keluarga ke Zoo Negara




.....membawa anak-anak ke Zoo Negara






























...sorry... gambar lama ni... ha.ha.ha.ha... tahun 2001 lagi. lama dah.. sebab tak ada gambar terbaru nak dimuatkan. masuk je gambar ni. hehe.

Cuti kali ni tak ada rancangan untuk melancong bersama family kemana-manapun.

Kakak-kakak saya jemput untuk joint dia ke La Hot Spring (Kolam Air Panas Kg. La) di Besut, Terengganu sambil makan-makan BBQ di sana ketika cuti perayaan Tahun Baru Cina 2 hari lepas, tapi tak joint sebab dah banyak kali ke sana... boring la bila selalu sangat di tempat yang sama.

So, cuti CNY tahun ni duk je kat rumah... tunggu orang datang melawat kita pula... hehe... Kebetulan adik-adik ipar yang berkerja di Bentong dan Kuala Terengganu bercuti dan bermalam di rumah bersama mak mertua.

Malam tadi dalam pukul 10.30 malam bawa mereka ke Pasar Wakaf Che Yeh yang tersohor di Kelantan.. hmm apa lagi jem teruk jalan untuk ke sana dan hampir 1 jam baru sampai (5km je dari rumah) ... nak cari tempat parking kereta pun susah sebab semua parking penuh... sampai semua anak-anak tertidur dalam kereta.... telefon adik supaya dia je yang round cari parking sebab saya dah nak balik rumah.... dah penat...lain kali je lah..


Thursday, February 11, 2010

Hari Terakhir Jurutera (Kontrak) di Pejabat UPPJ Kelantan.
















...sempat adakan majlis ringkas..sesi bergambar kenangan dan penyampaian cenderahati serta makan-makan di sebuah restoran pada tengahari hari ini. Beliau akan menjalankan tugas baru di Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kuala Lumpur iaitu di Bahagian Senggara Fasiliti Jalan berkuatkuasa 15 Februari 2010 nanti.

.. seronok berkerja bersama beliau... cukup tegas terhadap kontraktor....

kata Su....... "boringnya lepas ni sebab tak dapat nak gaduh-gaduh lagi dengan dia". Su juga kakitangan kontrak di pejabat kami dan bertugas sebagai kerani walaupun berkelulusan Degree dalam Sains Komputer.

... Selamat menjalankan tugas baru diucapkan kepada En. Ya'akub Othman dan semoga mendapat jawatan tetap di Jabatan Kerajaan nanti.... Insya Allah.

Monday, February 1, 2010

Lost World of Tambun Water Theme Park

..gambar lama... membawa family ke Lost World of Tambun Water Theme Park, Ipoh, Perak... lama dah 2005. Bestnya kalau sekali lagi dapat bawa family ke sana... Insya Allah kalau dimurahkan rezeki dan kelapangan akan ke sana tahun ini...

Saturday, January 30, 2010

Putera-putera Kesayangan Ku

...Putera sulong kesayangan ku... kecik-kecik pun nak bergaya... gambar diambil semasa Raya Puasa 2009 yang lalu.. lama dah. Tapi agak penakut sikit orang nya sebab suka sangat tengok cerita hantu. Nak pergi ke dapur pun, adik-adik dia kena teman kan...

My Hero No. 1
Muhammad Syahiran
My Hero No. 2
Muhammad Syazwan
My Hero No. 3
Muhammad SyazaniMy Hero No. 4
Muhammad Haikal



My Heroin nye mana?????
Coming Soon....Insya Allah..

Sila klik pada Arkib Blog aMbO untuk catatan-catatan yang seterusnya.....


'Dragon Fruit' (Pokok Buah Naga) di Halaman Rumah



MyBlogLog