Kata-kata Hikmah...

"Ukuran muktamad bagi seorang insan bukan terletak pada bagaimana pendiriannya tatkala dia mengalami keadaan selesa dan mudah, tetapi pendiriannya ketika saat yang mencabar dan penuh kontroversi".

--(Martin Luther King, Jr.)--

Tuesday, July 28, 2009

Sesudah Asar

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak di beri kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat di kesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya..

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

...may ALLAH SWT bless you.

Saling berpesan2lah sesama kita.....

Kaabah enggan bergerak

Rasa nak menangis bila membaca. Rindu rasanya nak pergi ke Tanah Suci. Semoga Allah murahkan rezeki dan semoga dapat tawaf Kaabah....

Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman, tok guru dah mula kuliah.. Beliau menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak. Tentang syurga, tentang neraka. Para jemaah masing-masing diam, tunduk dan insaf.

Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru iaitu berkaitan dengan titian As Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya.

Jika orang beriman, pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang kafir, ia akan mengecil dan memanjang. Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak menuju ke syurga..

Yang menghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga.. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya.

Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak. Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak. Kaabah menjawab, ada lagi beberapa orang yang tidak hadir...

Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia.

Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka.

Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di sekelilingnya.

Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku.... Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka. Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga....

Betapa nikmat dan beruntung nya.... bersyukur sekiranya dapat mengerjakan Haji dan Umrah....

Subhanallah....
Allahuakbar....

Betapa pengampun dan penyayangnya Allah kepada kita semua hamba-Nya. Keampunan Allah tidak mengenal siapa.... semua yang layak akan dapat pengampunan-Nya.... Semoga Allah mengampunkan kita semua sama ada yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia. Amiin.

Kejadian Benar di Stesen LRT Central Market Kuala Lumpur.


sila klik 'play' untuk melihat video...

Monday, July 20, 2009

Mesyuarat Anggota Bahagian Senggara Fasiliti Jalan (BSFJ), JKR Malaysia bil. 2/2009

Pada 26 Jun 2009, telah diadakan Mesyuarat Anggota Bahagian Senggara Fasiliti Jalan, Cawangan Kejuruteraan Senggara, JKR Malaysia Sesi 2/2009. Mesyuarat dimulakan dengan ucapan Pengarah BSFJ Dato' Ir. Hj. Hamizan Mohd Inzan menyentuh tentang Misi, Visi dan Piagam Pelanggan serta seterusnya merasmikan Piagam Pelanggan yang baru Bahagian Senggara Fasiliti Jalan, JKR Malaysia.
Penceramah jemputan daripada Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam, Pn. Azura binti Hamdan telah menceriakan suasana Mesyuarat ini dengan sesi Taklimat Keputusan Ujian Personaliti BSFJ di mana hasil keputusannya bertujuan untuk mengenalpasti jenis personaliti seseorang pegawai.

Di sebelah petang pula, giliran penceramah jemputan kedua Ir. Dr. Abdul Aziz Bin Arshad, memberikan taklimat Do's and Don't yang mana ianya merupakan satu penyampaian mesej yang sangat berguna untuk pengetahuan semua pegawai di JKR.
...sebahagian pegawai BSFJ yang menghadiri
Mesyuarat Anggota Bahagian Senggara Fasiliti Jalan (BSFJ)
bil. 2/2009 di Ibu Pejabat JKR Malaysia, KUALA LUMPUR
bergambar kenangan bersama
Dato' Pengarah BSFJ
DATO' Ir. HJ. HAMIZAN MOHD. INZAN


Kenangan Percutian ke Langkawi........Ogos 2008


Wednesday, July 15, 2009

KISAH DALAM HUTAN

....sekadar lawak di siang hari....

ya la.....tak boleh guna perkataan bAbI..jadi panggil iNfLuEnZA lah kan..
yang hairan bin ajaib tu....
FAHAM pulak si InfLuenZa tuuu...

masa dulu-dulu habis ayam/burung kat kampung kena 'serang' sebab wabak selsema burung..tapi mengapa sekarang kita tak 'serang' semua babi-babi kat Malaysia ni..
apa lah ada pada nama...
bAbI ke!!!
InFluenza ke!!!
sama = je

fikir-fikir kan..

Wanita ubahlah gaya, usah bawa beg tangan


.....Jom kita ikuti catatan mangsa ragut dan teladan yang boleh diambil dari peristiwa ini....

........"Saya adalah seorang wanita, seorang isteri dan ibu. Saya bekerja sebagai doktor di sebuah hospital kerajaan dan kini dalam program sarjana. Niat di hati ingin menggenggam ijazah pakar tidak lama lagi. Saya berpuas hati dengan kehidupan saya. Biar pun sibuk tetapi saya bahagia.

Namun kebahagiaan saya hampir direntap beberapa hari lalu. Semuanya kerana lelaki durjana yang meragut beg tangan saya. Ia berlaku begitu pantas, tanpa sebarang amaran. Apa yang terlintas di hati saya semasa lelaki itu berpusing dan meragut beg ialah: ''Ya Tuhan, aku mangsa ragut.'' Tidak pernah terlintas perkara ini akan terjadi pada saya. Selama ini saya hanya tengok berita, baca surat khabar tetapi tidak terfikir ia akan terjadi pada saya. Untuk pengetahuan semua, saya diragut di tempat terbuka yang ramai orang, pada waktu siang dan ketika itu bersama suami saya. Begitu berani peragut tersebut.

Saya terjatuh, kepala terhempas ke atas jalan. Saya pitam. Apabila sedar, kepala saya berdarah dan saya ke hospital bersama suami. Sementara menunggu untuk melakukan imbasan kepala, saya menangis. Pengalaman bekerja sebagai doktor menyebabkan saya takut pada keputusan imbasan nanti. Bagaimana jika saya ada pendarahan dalam otak dan saya perlu dibedah? Jika dibedah, adakah saya akan pulih sepenuhnya seperti biasa? Atau saya akan koma untuk selama-lamanya? Bagaimana dengan keluarga saya nanti? Siapa yang akan menjaga anak saya yang masih kecil? Bagaimana dengan impian saya untuk menjadi pakar? Adakah akan terkubur begitu saja?

Saya bersyukur keputusan CT scan menunjukkan tiada pendarahan otak, tapi luka di kepala menyebabkan saya terpaksa dijahit. Saya trauma, rasa takut apabila hendak keluar rumah. Hari ini apabila saya keluar, saya lihat perempuan mengandung membawa beg tangan. Sepasang kekasih berjalan, yang perempuan membawa beg tangan. Ibu berjalan mendukung anak bersama beg tangan.

Tolonglah adik, kakak dan makcik, simpanlah beg tangan anda di rumah. Tukarlah dompet anda kepada yang lebih kecil dan masukkan saja ke dalam poket. Pedulikan fesyen. Biarlah nampak tidak anggun tanpa beg tangan.

Perbuatan membawa beg tangan mendedahkan anda kepada peragut. Peragut ini tidak akan peduli apa yang akan jadi kepada anda. Peragut ini tidak peduli pada keluarga anda, pada impian anda. Jika anda mati pun mereka tidak akan peduli.

Kerajaan sekarang sedang berusaha menangani jenayah ragut. Anda juga perlu berusaha dengan menjaga diri supaya tidak menjadi mangsa ragut. Cara yang paling mudah ialah jangan membawa beg tangan".........

DR. MANGSA RAGUT
Kuala Lumpur

Kentut itu membahagiakan. .....


Jarang sekali kita dengar pompuan kentut kuat kuat terutamanya bila tengah keluar dengan lelaki. Mereka sanggup tahan kentut sampai biru biru muka semata mata tak mau kentut depan teman lelaki mereka. Padahal, lelaki sikit pun tak kisah jika pompuan terkentut. Adat la tuh dah nak terkentut. Paling kurang lelaki akan berkata ”Eh! Makan apa kentut busuk dan kuat sangat nih???“ Dan secara otomatik lelaki dan pompuan tadi akan ketawa bersama sama. Ini akan menjadikan hubungan mereka semakin ceria.

Lelaki secara lazimnya terkentut secara tak sengaja. Dan apabila benda ni terjadi, lelaki dengan secara tak malunya akan mengaku depan teman wanitanya bahawa dia terkentut. Dan teman wanita secara spontan akan berkata ”Tak senonoh la…“ sambil mengejek manja teman lelakinya itu. Dan lihatlah betapa harmoninya hubungan mereka.

Jika dahulu pompuan asyik menahan kentut ketika bersama teman lelakinya, namun kini pompuan dengan beraninya memberitahu lelaki bahawa dia nak terkentut. Pendek kata, kentut mintak izin. Tengok…bagaimana kentut mendidik pompuan supaya menjadi begitu tertib. Dan hubungan mereka secara tak langsung akan bertambah baik.

Jika dahulu pompuan berkata perbuatan teman lelakinya yang asyik terkentut sesuatu perbuatan yang tak senonoh, namun kini dia semakin mengaguminya dan semakin menghormati…kerana itu adalah trademark teman lelakinya. Mana nak jumpa dah lelaki camtu…

Akhir sekali, jangan sesekali malu jika anda terkentut ketika anda berkunjung ke rumah dan menemui ahli keluarga pasangan anda. Ini kerana jika anda terkentut, ahli keluarga pasangan anda akan gelakkan anda secara beramai ramai. Secara tak langsung, ini akan mengeratkan hubungan anda bersama bakal bakal ahli keluarga anda.

Kesimpulan:
Kentut itu membahagiakan… .anda setuju???

Hasil Kajian Tahap Pematuhan Pemakaian Tali Pinggang Keledar Di Kalangan Penjawat Awam Di Putrajaya

Undang-undang pemakaian tali pinggang keledar belakang telah diwajibkan mulai 1 Januari 2009. Pematuhan kepada undang-undang ini dijangka mampu mengurangkan hampir 300 kematian setahun. Pelbagai langkah telah diambil untuk mempastikan kadar pematuhan yang tinggi, sama ada sebelum undang-undang diperkenalkan, mahupun selepasnya. Ini meliputi aktiviti advokasi dan juga penguatkuasaan.

Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) telah ditugaskan untuk memantau kemajuan dan keberkesanan serta tahap pematuhan undang-undang ini dengan melakukan kajian di seluruh negara sebelum undang-undang diperkenalkan dan selepas ianya dikuatkuasakan pada bulan Januari 2009. Setelah peningkatan dilihat untuk bulan Januari dan Februari 2009, rekod bagi semua kategori (pemandu, penumpang hadapan dan penumpang belakang) telah terus menurun secara purata untuk seluruh negara.

Lanjutan dari itu, satu kajian khas telah dilakukan di Putrajaya bagi melihat kadar dan tahap pematuhan pemakaian tali pinggang keledar di kalangan penjawat awam. Pemilihan lokasi cerapan mampu memberi secara sampel, kadar dan tahap pematuhan pemakaian tali pinggang keledar bagi penjawat awam yang bekerja di Precinct 1,2, 3 dan di lokasi utama pada waktu pagi dan semasa waktu rehat tengahari. Berikut adalah hasil kajian MIROS:-

Jadual 1: Pemakaian tali pinggang keledar mengikut kategori penumpang dan masa

Kadar pemakaian keseluruhan
Pemandu 55.2%
Penumpang hadapan 46.1%
Penumpang belakang 4.8%

Kadar pemakaian mengikut masa

07:15-08:45 12:45-14:15
Pemandu 58.3% 46.8%
Penumpang hadapan 51.3% 38.0%
Penumpang belakang 6.7% 2.8%

Dapatan ini amat mencemaskan kerana didapati penjawat awam di Putrajaya tidak mematuhi sepenuhnya undang-undang pemakaian tali pinggang keledar. Kadar dan tahap pematuhan pemakaian ini adalah lebih rendah dari purata negara (national average) bagi bulan Jun 2009 yang menunjukkan 86.8%, 78.1% dan 28.2% kadar pemakaian untuk pemandu, penumpang hadapan dan penumpang belakang.

Dengan ini, semua penjawat awam perlulah mematuhi sepenuhnya undang-undang pemakaian tali pinggang keledar tersebut supaya ianya akan menjadi satu contoh dan tauladan kepada lain-lain pemandu kenderaan di samping meningkatkan lagi keselamatan di jalan raya .

sumber di petik dari..

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
PUTRAJAYA
10 JULAI 2009

Wednesday, July 8, 2009

Sains, Matematik dalam bahasa Melayu mulai 2012

08/07/2009 2:50pm


PUTRAJAYA 8 Julai - Matapelajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah dan kebangsaan akan diajar dalam bahasa Melayu berkuatkuasa pada 2012.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan keputusan Kabinet itu berkata, pengajaran dan pembelajaran kedua-dua matapelajaran itu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil pula dalam bahasa ibunda masing-masing.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan juga memutuskan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan dimantapkan.

Katanya, pelaksanaan bermula secara bertahap iaitu bagi tahun satu, tahun empat, tingkatan satu dan tingkatan empat.

Perubahan dasar itu bagaimanapun tidak melibatkan tingkatan enam dan matrikulasi.

- Utusan

PPSMI dimansuh

08/07/2009 2:37pm


PUTRAJAYA 8 Julai - Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan.

Keputusan Kabinet itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.

- Utusan

Tuesday, July 7, 2009

PPSMI diumum esok (8 Julai 2009)



07/07/2009 6:03pm


PAGOH 7 Julai – Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan keputusan kerajaan mengenai Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) esok 8 Julai 2009. - Utusan

Monday, July 6, 2009

Jangan menghidupkan pendingin hawa sebaik menaiki kereta..!

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.

Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan bebumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan... dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.

Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut.

--- teman--- "When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others".

Thursday, July 2, 2009

MENGUKUR KECEMERLANGAN ANAK-ANAK


Saya sangat tertarik dengan sebuah artikel dalam akhbar tempatan iaitu dalam Mingguan Malaysia 15 Mac 2009 mengenai tajuk di atas. Apakah kayu ukur atau tanda aras untuk cemerlang dan bagaimanakah pula ibu bapa, guru dan masyarakat mentafsirkan kecemerlangan? Dalam konteks pendidikan masa kini, budaya A adalah sesuatu yang diterima pakai bagi mentafsirkan kecemerlangan.

Menurut sebahagian daripada catatan penulis berkenaan:-

1) Anak-anak yang kurang cemerlang dalam peperiksaan dinafikan hak untuk cemerlang dalam hidup.

2) Pelajar cemerlang akademik disanjung oleh masyarakat manakala pelajar yang kurang/ tidak cemerlang tercicir.

3) Sistem pendidikan mengiktiraf sekolah dan negeri yang melahirkan pelajar cemerlang yang mana ia menggalakkan perlumbaan.

4) Pelajar dan guru tertekan.

5) Anak-anak dididik bukan atas tujuan moral tetapi lebih kepada ekonomi- dipaksa untuk dapat keputusan cemerlang.

6) Manusia ternama seperti Dato' Siti Nurhaliza, Jimmy Choo mampu berjaya tanpa akademik yang baik. Dato' Siti begitu bijak dalam menyusun kata -kata dan penampilannya.

7) Walau bagaimanapun, ada juga tokoh ternama yang lahir daripada latar belakang akademi yang cemerlang seperti Tun Dr. M. dsb.

8) Negara perlu melakukan reformasi pendidikan.

9) Tumpuan kepada A berlebihan sehingga mengabaikan aspek-aspek seni, sukan, kemahiran dan sebagainya.

Adik Nik Nur Madihah adalah contoh pelajar yang cemerlang yang seimbang dari segi IQ dan SQnya. Semoga beliau akan terus cemerlang pada masa-masa yang akan datang.

Kepada pelajar-pelajar yang kurang cemerlang, ingatlah bahawa SPM bukanlah segala-galanya. Jadikanlah ianya wasilah (satu jalan) bukan sebagai ghayah (matlamat). Wasilah dalam erti kata ianya jalan ke Universiti atau jalan untuk mara ke peringkat yang seterusnya dan bukan matlamat akhir.

Ingatlah apabila sudah berada di universiti sijil SPM sudah tidak 'laku' lagi, dan apabila anda berada di alam pekerjaan, ijazah degree anda sudah tidak dipandang lagi. Apa yang dinilai pula ialah prestasi kerja anda. Dan ingatlah bahawa roda kehidupan sentiasa berputar. Anda tidak akan berada di atas atau di bawah selama-lamanya. Wallahu a'lam.

---teman--- kita hendaklah berjalan ke depan dan bukan nya ke belakang...
Sila klik pada Arkib Blog aMbO untuk catatan-catatan yang seterusnya.....


'Dragon Fruit' (Pokok Buah Naga) di Halaman Rumah



MyBlogLog