Kata-kata Hikmah...

"Ukuran muktamad bagi seorang insan bukan terletak pada bagaimana pendiriannya tatkala dia mengalami keadaan selesa dan mudah, tetapi pendiriannya ketika saat yang mencabar dan penuh kontroversi".

--(Martin Luther King, Jr.)--

Sunday, June 28, 2009

KELEBIHAN BULAN REJAB


Bulan-bulan hijrah datang dan pergi tanpa disedari.
Hanya Ramadan dan Syawal sahaja yang kebanyakkan kita sedar kedatangannya. Berikut adalah himpunan kelebihan-kelebihan bulan Rejab yang boleh dimanafaatkan oleh umat islam dengan memperbanyakkan ibadah.

1. Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

2. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Syaaban dengan malam NISFUnya dan Ramadan dengan LAILATUL QADARnya.

4. Malam awal Rejab mustajab do'anya. ( Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

5. Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

6. Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

7. Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

8. Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercaya muka.

9. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

10. Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

11. Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH, maka tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

12. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

13. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

14. Puasa 19 hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

15. Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.

16. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Qalam.

17. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

18. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.

19. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

20. Setiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah.

21. Bersedekah pada bulan Rejab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.

22. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!

23. Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

24. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau'.(dari kitab Raudatul Ifkar)

25. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

REJAB bulan menabur benih. SYAABAN bulan menyiram tanaman. RAMADAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya. SYAABAN menyucikan hatinya. RAMADAN menyucikan rohnya

REJAB bulan taubat. SYAABAN bulan muhibbah. RAMADAN dilimpahi pahala amalan.


Beramallah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.

Saturday, June 20, 2009

Menjalankan Audit Pematuhan Kualiti dan 'Traffic Management Plan' (TMP) bagi Penyenggaraan Jalan Persekutuan di Zon Utara pada 17-19 Jun 2009










Kumpulan Audit telah dibahagikan
kepada 4 kumpulan iaitu dari Unit Pengurusan & Penyenggaraan Jalan (UPPJ) Selangor (Jalan-jalan di Negeri Pulau Pinang), UPPJ Pahang (Jalan-jalan Perindustrian di Pulau Pinang), UPPJ Terengganu (Laluan FT076 Hulu Perak) dan UPPJ Kelantan (Laluan FT004 Semp. Grik/Jeli ke Bandar Grik dan dari Grik ke Kupang-Kulim dan seterusnya ke Pulau Pinang).

Kumpulan audit dari UPPJ Kelantan bermula pada se awal pagi pada 17 Jun 2009 di Semp. Grik/Jeli ke Bulatan Grik. 4 NCR telah dikeluarkan kapada Syarikat Konsesi. Kami bermalam di Grik dan keesokan nya menyambung auditan dari Grik ke Pulau Pinang. Sebanyak 6 NCR lagi dikeluarkan kpd Belati Wangsa. Jam 5.00 petang kami telah sampai ke Butterworth dan bermalam di Pearl View Hotel, Pulau Pinang.

Majlis penutup auditan diadakan pada 19 Jun 2009 di JKR Seberang Prai Utara pada jam 10.30 pagi.

Sebanyak 25 'Non-Comformance Product' (NCR) kesemuanya telah dikeluarkan kepada Syarikat Konsesi Penyenggaraan Jalan Persekutuan Zon Utara.

.....menaiki Feri ke Pulau..

Kebetulan pada hari tersebut kapal perang terbesar Tentera Laut Diraja British, HMS Ocean berlabuh di Dermaga Dalam di sini selepas mengharungi siri latihan ketenteraan di beberapa negara sejak Februari lalu. Kapal tersebut tiba kira-kira pukul 4 petang semalam dan dijadual berada di sini selama empat (4) hari.

Saya difahamkan kapal perang HMS Ocean sebelum ini merentasi kepulauan Mediterranean bagi menjalankan latihan multinational sebelum berlayar ke perairan Cyrpus dan Turki bagi menjalani siri latihan antisubmarin.

Kapal sepanjang 203 meter ini turut merentasi Teluk Aden dan Lembangan Somalia (yang terkenal dengan aktiviti lanun ketika ini) sebelum mengadakan latihan 'Taurus 09' di bawah Kerjasama Pertahanan Lima Negara (FDPA) yang disertai Malaysia, Singapura, Britain, Australia dan New Zealand.

Tuesday, June 16, 2009

Detik-detik Bunga Pokok 'Dragon Fruit' (Buah Naga) Berkembang..

......gambar di ambil di halaman rumah pada 16 jun 2009 antara jam 6.00 petang hingga 7.30 petang.. Bunga pokok naga akan mengembang pada waktu malam. Pokok naga merupakan spesis yang agak unik kerana bunganya hanya akan berkembang pada waktu malam untuk satu malam sahaja. Pada keesokannya ianya akan layu... dan seterusnya akan berputik buahnya....

...gambar diambil pada pukul 10.00 malam dan pagi 17 Jun 2009

Monday, June 15, 2009

Cuti-cuti Malaysia ... ke Kuantan pada 10-13 Jun 2009


















'Check In' Hotel Grand Continental, KUANTAN pada 10 Jun 2009 bagi menghadiri Mesyuarat dan Menyemak 'Standard Operating Prosedures' (SOP) di pejabat UPPJ Kuantan, JKR Pahang.

.....apa lagi ...anak-anak memang tak akan ketinggalan mandi kolam....
















....12 Jun 2009 terpaksa check out Hotel Grand Continental kerana hotel telah penuh di tempah... so, terpaksa lah cari hotel lain...cari punya cari, dapat hotel yang masih baru beroperasi..Hotel Green Leaf. Check in jam 1.45 ptg petang... lepas tu terpaksa berkejar pulak ke pejabat JKR untuk menghadiri mesyuarat...

Anak-anak merungut kerana hotel tersebut tidak ada 'swimming pool'....

Family Day di Kolam Air Panas, Kg La, Besut, Terengganu (LA Hot Spring) pada 6 Jun 2009

Kolam Air Panas La menjadi daya tarikan utama di sini. Walaupun, lokasi ini terletak di pedalaman, namun kehangatan air panas yang mengalir dari celah batu-batu yang terdapat di kampung ini mampu menjadikan ia lokasi popular di Daerah Besut. Ada pengunjung yang datang untuk melihat sendiri keajaiban air panas yang keluar dari celah batu di sini. Menurut beberapa orang penduduk di sini, air panas yang keluar dari celah batu ini mampu untuk mengubati pelbagai jenis penyakit kulit.

Justeru, ada kalangan para pelancong yang mengalami masalah kulit datang ke sini untuk mencuba sendiri kemujaraban air panas Kampung La. Ada di antara mereka yang mandi atau berendam di dalam kolam disediakan atau sekadar merendamkan kaki bagi merasai kehangatan air panas Kampung La.















....sempat merendamkan kaki di kolam air panas. Suhu sekitar 45-49 Celcius

.....seramai 7 family dapat berkumpul pada hari tersebut ( 6 Jun 2009) di LA Hot Spring..

Percutian ke Cameron Highlands 2 - 4 Jun 2009

Menginap 3 hari 2 malam di Dahlia Apartment Resorts & Hotel, Brinchang bersama keluarga.

.....bergambar di Cameron Valley (Ladang Teh) di Tanah Rata.

....melawat Rose Valley dan Strawberry Park



Tuesday, June 9, 2009

Pokok 'Dragon Fruit' ( Buah Naga)


Penantian 'dragon fruit' berbunga selama 18 bulan akhirnya menjadi kenyataan. Pokok buah naga sekarang sedang berbunga. Mungkin merajuk kerana tuannya sibuk kerana tidak membajainya. Gambar ini diambil setelah 7 hari bunga tersebut keluar.


.....bunga yang berusia 4 hari...
Sebagai memenuhi masa lapang pada hari minggu....apa lagi berkebun di halaman rumah... saya menanam 6 batang tiang pokok naga (setiap sebatang tiang ada 4 pokok). Insya Allah jika bunganya menjadi, saya akan paparkan perkembangan dari masa ke semasa sehingga buahnya masak.

....anak-anak saya sangat suka keenakan buah naga tersebut.


Sila klik pada Arkib Blog aMbO untuk catatan-catatan yang seterusnya.....


'Dragon Fruit' (Pokok Buah Naga) di Halaman Rumah



MyBlogLog