Kata-kata Hikmah...

"Ukuran muktamad bagi seorang insan bukan terletak pada bagaimana pendiriannya tatkala dia mengalami keadaan selesa dan mudah, tetapi pendiriannya ketika saat yang mencabar dan penuh kontroversi".

--(Martin Luther King, Jr.)--

Friday, December 11, 2009

Bukti Kebesaran Allah S.W.T

Gambar diambil semasa Hari Raya Qurban 2009 pada 28 November 2009 di rumah emak di Machang, Kelantan....ianya disedari oleh anak saudara saya yang ketika itu sedang bersiap hendak mengoreng daging qurban tersebut apabila menyedari terdapat kalimah Allah pada daging tersebut.

..sekadar untuk tatapan dan keinsafan kita semua.. Allah Maha Besar...Allahuakbar..



kalimah Allah pada seketul daging

Tuesday, October 20, 2009

SPEED CONTROL DEVICE

I don't know about you, but this would slow me down! I see myself slowing down, trying to 'straddle' the hole, then breathing again when I cleared it without hitting it!

Please scroll down and look at all three pictures !


This is actually a speed control device. And much cheaper than speed cameras.

VERY clever!!

Saturday, October 10, 2009

Cara Betul Memberi Salam

SEKADAR PERINGATAN UNTUK SEMUA UMAT ISLAM.....

Ilmu utk dikongsi bersama :
Pagi semlm dengar radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawi cerita tentang sunnah Rasulullah S.A.W. Antaranya tentang bab memberi salam. Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh"

Beri salam - "assalamualaikum"
Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"

Apabila kita berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata "Kirim salam assalamualaikum pada ZIZAH ye" contoh lerr... Bukannya : "Kirim salam kat ZIZAH ye"

Dan bukannya "Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Semoga ada manfaat.

"Akum" = "Avde Kokhavim U Mazzalot"
Maksud singkatan "A'kum"

Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "As Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan "Avde Kokhavim U Mazzalot'"yang bermaksud "HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT". Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "As Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum. Semoga ada manfaatnya.

Tuesday, October 6, 2009

Perlawanan Badminton Antara Ibu Pejabat JKR Malaysia dan Kumpulan IKRAM

sila klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas

.....Bergambar kenangan bersama Mantan Ketua Pengarah JKR Malaysia (KPKR) Tan Sri Ir. Zaini Omar semasa menganjurkan perlawanan badminton persahabatan antara JKR Malaysia dan IKRAM sewaktu ketika dahulu..
Keputusan : IKRAM Menang dgn JKR 2, Ikram 3

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH


Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah "Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah SAW."

  • Aku melihat cahaya dari lidahnya.

  • Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.

  • Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.

  • Rasulullah umpama matahari yang bersinar.

  • Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.

  • Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.

  • Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.

  • Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.

  • Wajahnya seperti bulan purnama.

  • Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.

  • Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.

  • Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.

  • Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.

  • Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.

  • Mulut baginda sederhana luas dan cantik.

  • Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

  • Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.

  • Janggutnya penuh dan tebal menawan.

  • Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.

  • Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.

  • Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.

  • Rambutnya sedikit ikal.

  • Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.

  • Rambutnya terbelah di tengah.

  • Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.

  • Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.

  • Seimbang antara kedua bahunya.

  • Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.

  • Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.

  • Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.

  • Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.

  • Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

  • Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.

  • Warna putihnya lebih banyak.

  • Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.

  • Warna kulitnya putih tapi sihat.

  • Kulitnya putih lagi bercahaya.

  • Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.

  • Badannya tidak gemuk.

  • Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.

  • Perutnya tidak buncit.

  • Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULAN


Nabi Muhammad SAW adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia. Semoga dengan biodata ringkas ini dapatlah kita mengenali Rasulullah SAW 'by heart' dan apabila orang bertanya maka kita dapatlah menjawabnya dengan yakin. InsyaAllah.

Tuesday, September 29, 2009

Adakah Amalan Kita Terbalik @ Bertentangan Dgn Ajaran Islam???

Assalamualaikum…….
RENUNGAN...

Amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W di mana Rasulullah S.A.W telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh si mati atau harta peninggalan si mati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain...

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam.. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

fikir-fikirkan..

Wallahu a'lam


Sunday, September 27, 2009

Membuka Pintu Rezeki

Salam, for sharing.....

Dato' Dr. Fadzilah Kamsah pernah berkata..... .

"setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup @ telah tiada)" .... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :

"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa.
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah.

Kesimpulannya:

- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris...... cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (cth. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)

Berusaha dan bertawakal.....insyallah,
- rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, (kata Azmil Mustapha)....

ALLAH itu Maha Besar..

Percayalah...limpahan KurniaNya sungguh diluar pemikiran kita...
Subhanallah!
Alhamdulillah.

AL-QAYYUM, AL-MAJID, AL-WAJID, AL-WAHID, AL-AHAD, AL-SAMAD, AL-KADIR, AL-MALIK , AL -RAHMAN, AL-RAHIM

Saturday, September 26, 2009

Hang Tuah Gagal SPM???


sila klik 'play' untuk tayangan video..

enjoy...

Sunday, September 13, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

Salam,

Ucapan ini ditujukan khas kepada member2 di perantauan sana... drive safely..semoga selamat sampai ke kampung halaman masing-masing..

---teman--- teringat kemeriahan balik kampung di musim perayaan.. bersesak-sesak di Bentong.. sekarang ni dah tak boleh merasa kemeriahan tersebut.. sebab sekarang duk di KB..setiap minggu dapat balik kampung di Mace..

Program Auditan Bagi Penyerahan Projek Jalan Siap kpd Bahagian Senggara Fasiliti Jalan, JKR Malaysia

Pada 27 September 2009 ini, Team HQ termasuk saya dan my bos akan ke Projek Naiktaraf Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu kerana telah dilantik sebagai Juru Audit Dalaman bagi penyerahan projek jalan siap iaitu projek naiktaraf laluan FT003 KM69-KM72, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu di Pekan Permaisuri, Terengganu. Program auditan akan dilakukan secara lawatan tapak dan semakan dokumentasi di pejabat JKR Setiu.

Bagi tujuan auditan tersebut, semakan pada Lukisan Pembinaan, as Built Drawing, Dokumen Kontrak, laporan Road Safety Auditor (RSA) dan semua fail yang berkenaan akan dibuat.

Tujuan audit ini dijalankan adalah bagi memeriksa dan memastikan semua kecacatan/kerosakan yang berlaku pada projek tersebut telah diambil tindakan sebelum Defect Liability Period (DLP) tamat dan sebelum penyerahan secara sepenuhnya kepada Bahagian Senggara Fasiliti Jalan dapat dilaksanakan bagi tujuan penyenggaraan kelak.

--- teman --- mood RAYA lagi tu... tak apa lah.. kita orang beRAYA di jalan RAYA lah pulak.

Letih nya Puasa.....

Saja nak bagi u all tersenyum.... apa2 pun semoga kita semua mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini.

sila klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas

Wednesday, September 9, 2009

Bantuan Khas Kakitangan Kumpulan Sokongan RM500

09/09/09 4.38 pm

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian khas kewangan RM500 untuk 860,000 penjawat awam kumpulan sokongan. Bayaran itu akan dibuat dua kali iaitu RM250 dibayar sebelum Aidilfitri manakala bakinya pada bulan Disember.

"Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dalam kumpulan ini terutama bagi meringankan beban kos persediaan musim perayaan dan juga persediaan persekolahan pada hujung tahun ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Najib berkata implikasi kewangan kepada kerajaan bagi bayaran itu adalah sebanyak RM430 juta.

- di petik dari Bernama

--- teman --- mana aci...Pak Jib bagi pada anak bongsu je... anak sulung pun nak jugak...

Saturday, September 5, 2009

Kerja-kerja Membaikpulih Cerun Runtuh di Jalan Cameron Highlands-Lojing-Gua Musang















my bos.... perbincangan di tapak berkaitan proposal design bagi membaikpulih salah satu lokasi slope failure


...perbincangan di tapak bersama-sama my bos, Ketua Penolong Pengarah Jalan Ibu Pejabat JKR Kelantan, Jurutera Jajahan JKR Gua Musang dan Syarikat Konsesi Roadcare (M) Sdn. Bhd







....pemandangan cerun runtuh yg telah siap dibaikpulih. Gambar diambil pada 3 September 2009 yang lalu semasa saya ke tapak bagi menjalankan pemantauan projek.





...salah satu pemandangan cerun runtuh yang telah siap dibaikpulih di laluan FT185 Jalan Lojing-Pos Blau-Kg Kuala Betis (Jalan Cameron Highlands ke Gua Musang). Dalam musim tengkujuh tahun lalu terdapat 7 lokasi cerun runtuh di laluan tersebut..... macam kena bom daaa...letihhh.

Tiga lokasi cerun runtuh tersebut telahpun siap dibaiki manakala masih terdapat 4 lokasi cerun runtuh yang belum dibaikpulih sepenuhnya kerana terdapat masalah teknikal seperti keadaan geologi yang diluar jangka.

Pengguna yang melalui jalan tersebut samada untuk ke Cameron Highlands atau ke Gua Musang diminta berhati-hati dan sentiasa mematuhi arahan papan tanda JKR bagi keselamatan pengguna jalanraya.

....salah satu lokasi slope failure paling kritikal yang menyebabkan jalan terpaksa ditutup kepada semua kenderaan suatu ketika dulu. Panjang jalan yang telah runtuh adalah sepanjang 250 meter. Pengguna jalan raya boleh menggunakan jalan lencongan yg dibina di sebelah lokasi kejadian untuk ke Cameron Highlands.

Wednesday, August 26, 2009

Kemalangan Yang Tidak Di Duga

...Keadaan kereta Proton Waja CPS (Spanco) pejabat JKR Malaysia, Unit Pengurusan & Penyenggaraan Jalan (UPPJ Kelantan) yang terlibat dengan kemalangan pada 20 Ogos 2009 jam 3.45 petang di lampu isyarat Jalan Pasir Hor. Kemalangan berlaku semasa saya dalam perjalanan dari Gua Musang bersama rombongan Kementerian Kerja Raya membuat pemeriksaan jalanraya di Gua Musang untuk pulang ke pejabat.

Kejadian berlaku semasa saya baru memasukkan gear untuk bergerak di lampu isyarat merah yang bertukar hijau.. kereta yang dipandu saya berada di belakang sekali dan dengan tiba-tiba kereta Perodua Kenari yang mungkin dibawa laju telah melanggar belakang. Apa lagi.. cepat-cepat turun kononnya untuk memarahi pemandu yang cuai tu...tak nampak kereta ke??? bla...bla...bla.. kena sebiji dua

Selidik punya selidik.. rupanya pemandu kereta kenari tersebut adalah seorang guru di SMK Machang
...itu sekolah saya dulu tu. I'm SORRY CIKGU...I'm SORRY...tapi cikgu tu saya tak kenal, mungkin baru mengajar kat sana. Kesian pulak cikgu tu, rosak teruk kereta dia.. dah la kena tarik ke bengkel, mengikut Inspektor Polis yang mengambil kes saya ni ... cikgu tu akan dikompaun RM300 akibat kemalangan yang tidak diduga ini. Kereta saya tak apa sebab sikit je rosak lagipun kereta pejabat. Kata cikgu tu, dia bertolak dari Machang untuk ambil anak sekolah di bandar KB.

Nampaknya dalam seminggu dua ni.. kenalah pakai kereta sendiri ke tapak... itu lah bila kita dah berhati-hati di jalanraya... orang lain pula yang cuai....kepada pemandu kat luar sana tu.... BERHATI-HATI DI JALANRAYA... INGATLAH ORANG TERSAYANG...

----teman--- teringat kenangan pahit manis semasa di SMK Machang dulu... alahai, ke situ pulak dah....

Sunday, August 23, 2009

Wednesday, August 19, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak


Kepada Semua Saudara SeIslam Ku,

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK, SEMOGA SELAMAT MENJALANKAN IBADAT PUASA & MENDAPAT KEBERKATAN DARI-NYA.

Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan.. "Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal berikut :-

* Tidak memohon maaf dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)

* Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri

* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya."

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdoa adalah Malaikat dan yang meng-aminkan doa adalah Rasulullah dan para sahabat dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu, saya terlebih dahulu memohon ampun dan maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak disengajakan maupun yang disengajakan. Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, Insya-Allah.

Yang jauh itu MASA, yang dekat itu MATI, yang besar itu NAFSU, yang berat itu AMANAH dan yang indah itu SOLAT.....

Tuesday, August 18, 2009

Menghadiri Kursus Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) JKR - MS ISO 9001 : 2000

Kursus telah diadakan pada 31hb. Julai 2009 (Jumaat)
di Bilik Seminar, Cawangan Kejuruteraan Senggara (CKS), Blok C (Lama)
Ibu Pejabat JKR, Kuala Lumpur.
Kursus telah disampaikan sendiri oleh Dato' Pengarah
Bahagian Senggara Fasiliti Jalan (BSFJ) iaitu
Dato' Ir. Hj. Hamizan bin Mohd. Inzan.
Program latihan ini merupakan salah satu latihan yang wajib dihadiri oleh semua Pegawai di Bahagian Senggara Fasiliti Jalan. Hasil daripada pendedahan kursus ini, semua Pegawai daripada BSFJ dapat melakukan kerja-kerja seharian dengan lebih efisyen dan bersistematik.


.
.....esok 20 Ogos 2009 (Khamis) akan ke Melaka pulak dah.... surat dari HQ baru terima hari ni...Letih... nak booking tiket kapal terbang yang last minutes nieeee... mesti admin. pot-pet..pot-pet... sebab booking flight saat-saat ahkir.
...menghadiri bengkel Project Quality Plan (PQP) bagi kerja-kerja 'road maintenance'. Yang letih nya, bengkel ni kena bentangkan paper di akhir bengkel, kalau kursus tu pergi dengar je...sesetengah tu sampai tertidur dalam 'class'. Bengkel akan di buat selama 2 hari.. Letih..


Safety Tip : What to do when your tyres blow out while driving


For those of us who often drive on the highways, the info in this
video clip can save you and your family from the mishaps of an
accident. Tyres blow out during high speed is very dangerous and the
pointer in this video on how to control your car at that moment is
invaluable.

Whether you are driving a Mercs or a Kancil, the effect is
the same, as shown in the Video.
If it happens to the back wheel, it's not so bad.

The warning is 'NEVER HIT YOUR BRAKES!'

Your immediate reaction would be to hit the brakes
hard.....and that would be the first cardinal mistake.



for video show...please click 'play' button

Sunday, August 16, 2009

Rumah Ku Syurga Ku

..gambar-gambar family ambo yang berlatar belakang rumah ambo semasa sedang dibina sewaktu ketika dulu pada tahun 2004.
















..di satu sudut pandangan hadapan rumah semasa dalam pembinaan..

Kenangan Bersama Keluarga di Awana Kijal Golf & Resort, Paka, Terengganu Pada Tahun 2004

..bersantai bersama keluarga di 'swimming pool' Awana Kijal Resort. Gambar kenangan diambil semasa menghadiri satu mesyuarat pada Disember tahun 2004. Pada hari terakhir mesyuarat kami segera bertolak balik ke kampung kerana hujan lebat tidak henti-henti di musim tengkujuh. Syukur kerana kami sekeluarga sempat sampai ke Kota Bharu kerana pada sebelah petangnya kebanyakan jalan telah ditenggelami air banjir dan jalan ke Kota Bharu telah terputus hubungan.

..pemandangan dari udara....gambar diambil dari laman web Awana Kijal Golf & Resort..

Saturday, August 15, 2009

Apa itu H1N1?


Viral novel influenza type A H1N1. Ianya berasal dari virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yg sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yg lebih tinggi di dlm rantaian makanan @ manusia. dan semasa di dlm badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dari manusia kepada manusia.


Jangka Hayat Virus

Oleh kerana ia adalah virus yang 'air born', ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. Jika selepas tempoh tersebut ia tidak mendapat perumah @ host (badan manusia) ia akan mati.

Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan "air ventilation" (pengudaraan) yang baik....akan 'bersih' dari virus tersebut.

Apa yang perlu tahu ?
Asal virus ini

Sebenarnya telah terdapat 'outbrake' di US sebelum terjadi 'outbrake' di Mexico tapi tidak dilaporkan kepada WHO. Kemungkinan 'outbrake' ini telah dikesan dan US mahu ianya tercetus 'outbrake' di Mexico.

Virologi Virus H1N1

'Incubation period' yang singkat pada purata 2 hari dengan julat 1 - 4 hari. Ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit. Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkiti paling cepat dan selewat2nya hari ke-4. H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kepada pesakit yg berisiko, ia dapat membunuh. Jika pesakit adalah seorang yang normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.

Cara Serangan

Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan. Virus ini akan menyerang sistem pernafasan (seperti selsema burung dan SARS). Peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse'. Ia amat merbahaya kepada golongan yang berisiko tinggi.

Siapa Yang Berisiko?
1. Orang yang ada masaalah 'obesiti' @ gemuk
2. Perempuan yang mengandung
3. Orang yang ada asthmatic
4. Orang-orang yang bermasalah dengan sistem imunisasi (menjalani 'operation yg besar', kanak-kanak yang belum cukup suntikan imunisasi, golongan-golongan yang rendah tahap imuniti. eg.: HIV, etc)
* kematian yg telah dilaporkan terdiri daripada golongan-golongan di atas

Simptom-Simpton

Hari 1 - Rasa kurang sihat, tidak bermaya
Hari 2 - Selsema, batuk dan demam yg kekal ( demam tidak turun walaupun telah makan ubat demam)
Hari 3 - Rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
Hari 4 - Sakit dada yg teruk........jumpa doktor dengan segera.......
Hari 5 dan ke atas, lung collapse @ koma

Langkah-Langkah Kawalan
1 - Golongan-golongan yang berisiko, elakkan daripada kesesakan (kawasan yang padat dengan orang ramai)

2 - Menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dengan betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran

3 - Elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'

4 - Jika kurang sihat, elakan diri dari beraktiviti (sosial dan berkumpulan)

5 - Jika kurang sihat dan ada ILI (influenza light illness @ selsema biasa) jangan hadirkan diri di kawasan orang ramai. Jika terpaksa, pakai topeng 'mask'

6 - Untuk orang yang sihat, elakkan dari kawasan yg padat.

7 - Jika ada tanda-tanda simptom di atas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan

8 - Jika sihat, jangan ke hospital atau klinik untuk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi banyak virus.

9 - Tidak perlu ambil anti-viral @ apa-apa ubat influenza!!!!!!. Jika sihat dan mengambilnya, akan mengakibatkan resistan kepada vaksin @ ubat-ubat untuk merawat jika terkena jangkitan. Ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yang telah mengambil ubat-ubat tersebut terlebih awal.

10 - Vaksin hanya akan 'wujud' seawal-awalnya pada oktober dan hanya untuk 'frontliner' sahaja. Dan untuk awam selewat-lewatnya pada 2010.

11 - Untuk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal sahaja di Malaysia. mengambil masa 6 jam untuk run test kepada 1 batch sample. Jika klinik menyatakan mereka boleh jalankan ujian, itu tidak betul. Tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.

12 - Tahap kesedaran dan pengetahuan yang tinggi amat perlu untuk kita sama-sama menghadapi outbreak ini. Sama-samalah kita berdoa kepada ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu. Amin.

Ini adalah sumber dari taklimat H1N1 oleh Pengarah kawalan penyakit berjangkit dari Kementerian Kesihatan Malaysia di Pan Pasific KLIA pada 01.08.2009. Moga dapat iktibar


dapatkan info terkini di http://h1n1.moh.gov.my

Wednesday, August 5, 2009

Buah 'Dragon Fruit' di halaman rumah telah masak

....sempat mengambil beberapa keping gambar buah yang telah masak sebelum di petik....isinya merah....eeemmm tak cukup.. berebut anak-anak sebab buah tak banyak lagi..

Pertandingan Badminton Beregu Tertutup anjuran Roadcare pada 25 Julai 2009

...bersama beregu hebat ambo enAzhar. tapi kami cuma bertahan sampai
ke separuh akhir saja.. hanya jadi penonton dan kumpulan sorak
di final.......dapat no. 3 pun jadi lah..


sila klik 'play' untuk 'siaran tertunda' perlawanan..
bersama "pengulas jemputan"

Monday, August 3, 2009

Berita Gembira di Pagi Jumaat 24 Julai 2009

..pada malam khamis 23 Julai 2009 kami sekeluarga bertolak balik ke kampung halaman mertua di tanah merah selepas mengambil muhammad syahiran tuisyen di pusat tuisyen bestari jam 10 malam di bandar KB. Sedang kami menantikan muhammad syahiran tamat tuisyen jam 10.00 malam di KB... isteri mengambil kesempatan ke Farmasi untuk membeli ubat demam anak-anak dan 'barang' keperluan lain.

...pagi jumaat isteri membuat 'surprise' dengan menunjukkan satu testing... (urine test).. 'abe, tahun ni kena puasa penuh la'..... katanya. catatan di testing menunjukkan tanda dua bar (positif pregnant).

rupanya anak bongsu saya tu akan dapat adik.....syukur alhamdulillah

kami memang telah merancang untuk mendapat baby yang kelima.....doakan semoga kami sekeluarga dapat baby girl pula...bukan apa nak bantu ibu nya di dapur lah katakan..

itu lah berita gembiranya....

Sunday, August 2, 2009

Sistem Jalan Sehala di Pusat Bandar Kota Bharu berkuatkuasa 11 Ogos 2009

Mulai 11 Ogos 2009, Pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu akan melaksanakan Sistem Jalan sehala di Pusat Bandar Kota Bharu.











Antara jalan-jalan utama yang terlibat seperti berikut :-

1. Jalan Hospital dari simpang Jalan Mahmood ke Medan Tuan Padang dan Jalan Gajah Mati.
2. Jalan Doktor
3. Jalan Temenggong
4. Jalan Tok Hakim bermula dari Hotel Riverview hingga Jalan Padang Garong.
5. Jalan Pintu Pong menuju ke Pasar Siti Khadijah.
6. Jalan di Sekeliling Pasar Siti Khadijah termasuk Jalan Parit Dalam.



Untuk melihat peta jalan di pusat bandar yang terlibat, sila klik disini

Saturday, August 1, 2009

BENGKEL PENYEDIAAN PIAGAM PELANGGAN, SOP & FORMAT LAPORAN DI TIARA BEACH RESORT, PORT DICKSON

Pada 29-31hb Mac 2009 yang lalu bertempat di Tiara Beach Resort, Bahagian Senggara Fasiliti Jalan (BSFJ), Cawangan Kejuruteraaan Senggara, JKR Malaysia telah mengadakan Bengkel 'Standard Operation Procedures' (SOP), Piagam Pelanggan dan Format Laporan. Bengkel ini telah dihadiri seramai 110 orang kakitangan BSFJ sahaja.

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk membincangkan 'Standard Operation Procedures' (SOP) dan format laporan yang baru sejajar dengan penstrukturan di Bahagian Senggara Persekutuan dan Negeri (BSPN) di samping menetapkan piagam pelanggan BSFJ yang baru. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Pengarah BSFJ pada jam 8.30 malam 29hb Mac 2009. Beliau memberi amanat ringkas mengenai objektif bengkel tersebut diadakan. Kakitangan BSFJ yang menghadiri bengkel ini telah dibahagikan kepada 14 kumpulan yang membincangkan mengenai pelbagai tajuk SOP dan format laporan berserta dengan Piagam Pelanggan.

Saya ditempatkan di kumpulan SOP Kewangan untuk menyediakan tatacara pengurusan kewangan di BSFJ bermula dari peringkat tatacara permohonan peruntukan sehinggalah peringkat bayaran kepada kontraktor.

Bengkel ini diadakan selama 2 hari dan hasil daripada perbincangan setiap kumpulan dan gabungan idea, banyak input telah di perolehi di samping dapat mengeratkan dan mengenali antara satu sama lain terutama para jurutera kontrak yang baru ditempatkan di BSFJ.

Tuesday, July 28, 2009

Sesudah Asar

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak di beri kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat di kesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya..

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

...may ALLAH SWT bless you.

Saling berpesan2lah sesama kita.....

Kaabah enggan bergerak

Rasa nak menangis bila membaca. Rindu rasanya nak pergi ke Tanah Suci. Semoga Allah murahkan rezeki dan semoga dapat tawaf Kaabah....

Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman, tok guru dah mula kuliah.. Beliau menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak. Tentang syurga, tentang neraka. Para jemaah masing-masing diam, tunduk dan insaf.

Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru iaitu berkaitan dengan titian As Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya.

Jika orang beriman, pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang kafir, ia akan mengecil dan memanjang. Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak menuju ke syurga..

Yang menghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga.. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya.

Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak. Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak. Kaabah menjawab, ada lagi beberapa orang yang tidak hadir...

Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia.

Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka.

Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di sekelilingnya.

Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku.... Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka. Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga....

Betapa nikmat dan beruntung nya.... bersyukur sekiranya dapat mengerjakan Haji dan Umrah....

Subhanallah....
Allahuakbar....

Betapa pengampun dan penyayangnya Allah kepada kita semua hamba-Nya. Keampunan Allah tidak mengenal siapa.... semua yang layak akan dapat pengampunan-Nya.... Semoga Allah mengampunkan kita semua sama ada yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia. Amiin.

Kejadian Benar di Stesen LRT Central Market Kuala Lumpur.


sila klik 'play' untuk melihat video...

Monday, July 20, 2009

Mesyuarat Anggota Bahagian Senggara Fasiliti Jalan (BSFJ), JKR Malaysia bil. 2/2009

Pada 26 Jun 2009, telah diadakan Mesyuarat Anggota Bahagian Senggara Fasiliti Jalan, Cawangan Kejuruteraan Senggara, JKR Malaysia Sesi 2/2009. Mesyuarat dimulakan dengan ucapan Pengarah BSFJ Dato' Ir. Hj. Hamizan Mohd Inzan menyentuh tentang Misi, Visi dan Piagam Pelanggan serta seterusnya merasmikan Piagam Pelanggan yang baru Bahagian Senggara Fasiliti Jalan, JKR Malaysia.
Penceramah jemputan daripada Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam, Pn. Azura binti Hamdan telah menceriakan suasana Mesyuarat ini dengan sesi Taklimat Keputusan Ujian Personaliti BSFJ di mana hasil keputusannya bertujuan untuk mengenalpasti jenis personaliti seseorang pegawai.

Di sebelah petang pula, giliran penceramah jemputan kedua Ir. Dr. Abdul Aziz Bin Arshad, memberikan taklimat Do's and Don't yang mana ianya merupakan satu penyampaian mesej yang sangat berguna untuk pengetahuan semua pegawai di JKR.
...sebahagian pegawai BSFJ yang menghadiri
Mesyuarat Anggota Bahagian Senggara Fasiliti Jalan (BSFJ)
bil. 2/2009 di Ibu Pejabat JKR Malaysia, KUALA LUMPUR
bergambar kenangan bersama
Dato' Pengarah BSFJ
DATO' Ir. HJ. HAMIZAN MOHD. INZAN


Kenangan Percutian ke Langkawi........Ogos 2008


Wednesday, July 15, 2009

KISAH DALAM HUTAN

....sekadar lawak di siang hari....

ya la.....tak boleh guna perkataan bAbI..jadi panggil iNfLuEnZA lah kan..
yang hairan bin ajaib tu....
FAHAM pulak si InfLuenZa tuuu...

masa dulu-dulu habis ayam/burung kat kampung kena 'serang' sebab wabak selsema burung..tapi mengapa sekarang kita tak 'serang' semua babi-babi kat Malaysia ni..
apa lah ada pada nama...
bAbI ke!!!
InFluenza ke!!!
sama = je

fikir-fikir kan..

Wanita ubahlah gaya, usah bawa beg tangan


.....Jom kita ikuti catatan mangsa ragut dan teladan yang boleh diambil dari peristiwa ini....

........"Saya adalah seorang wanita, seorang isteri dan ibu. Saya bekerja sebagai doktor di sebuah hospital kerajaan dan kini dalam program sarjana. Niat di hati ingin menggenggam ijazah pakar tidak lama lagi. Saya berpuas hati dengan kehidupan saya. Biar pun sibuk tetapi saya bahagia.

Namun kebahagiaan saya hampir direntap beberapa hari lalu. Semuanya kerana lelaki durjana yang meragut beg tangan saya. Ia berlaku begitu pantas, tanpa sebarang amaran. Apa yang terlintas di hati saya semasa lelaki itu berpusing dan meragut beg ialah: ''Ya Tuhan, aku mangsa ragut.'' Tidak pernah terlintas perkara ini akan terjadi pada saya. Selama ini saya hanya tengok berita, baca surat khabar tetapi tidak terfikir ia akan terjadi pada saya. Untuk pengetahuan semua, saya diragut di tempat terbuka yang ramai orang, pada waktu siang dan ketika itu bersama suami saya. Begitu berani peragut tersebut.

Saya terjatuh, kepala terhempas ke atas jalan. Saya pitam. Apabila sedar, kepala saya berdarah dan saya ke hospital bersama suami. Sementara menunggu untuk melakukan imbasan kepala, saya menangis. Pengalaman bekerja sebagai doktor menyebabkan saya takut pada keputusan imbasan nanti. Bagaimana jika saya ada pendarahan dalam otak dan saya perlu dibedah? Jika dibedah, adakah saya akan pulih sepenuhnya seperti biasa? Atau saya akan koma untuk selama-lamanya? Bagaimana dengan keluarga saya nanti? Siapa yang akan menjaga anak saya yang masih kecil? Bagaimana dengan impian saya untuk menjadi pakar? Adakah akan terkubur begitu saja?

Saya bersyukur keputusan CT scan menunjukkan tiada pendarahan otak, tapi luka di kepala menyebabkan saya terpaksa dijahit. Saya trauma, rasa takut apabila hendak keluar rumah. Hari ini apabila saya keluar, saya lihat perempuan mengandung membawa beg tangan. Sepasang kekasih berjalan, yang perempuan membawa beg tangan. Ibu berjalan mendukung anak bersama beg tangan.

Tolonglah adik, kakak dan makcik, simpanlah beg tangan anda di rumah. Tukarlah dompet anda kepada yang lebih kecil dan masukkan saja ke dalam poket. Pedulikan fesyen. Biarlah nampak tidak anggun tanpa beg tangan.

Perbuatan membawa beg tangan mendedahkan anda kepada peragut. Peragut ini tidak akan peduli apa yang akan jadi kepada anda. Peragut ini tidak peduli pada keluarga anda, pada impian anda. Jika anda mati pun mereka tidak akan peduli.

Kerajaan sekarang sedang berusaha menangani jenayah ragut. Anda juga perlu berusaha dengan menjaga diri supaya tidak menjadi mangsa ragut. Cara yang paling mudah ialah jangan membawa beg tangan".........

DR. MANGSA RAGUT
Kuala Lumpur

Kentut itu membahagiakan. .....


Jarang sekali kita dengar pompuan kentut kuat kuat terutamanya bila tengah keluar dengan lelaki. Mereka sanggup tahan kentut sampai biru biru muka semata mata tak mau kentut depan teman lelaki mereka. Padahal, lelaki sikit pun tak kisah jika pompuan terkentut. Adat la tuh dah nak terkentut. Paling kurang lelaki akan berkata ”Eh! Makan apa kentut busuk dan kuat sangat nih???“ Dan secara otomatik lelaki dan pompuan tadi akan ketawa bersama sama. Ini akan menjadikan hubungan mereka semakin ceria.

Lelaki secara lazimnya terkentut secara tak sengaja. Dan apabila benda ni terjadi, lelaki dengan secara tak malunya akan mengaku depan teman wanitanya bahawa dia terkentut. Dan teman wanita secara spontan akan berkata ”Tak senonoh la…“ sambil mengejek manja teman lelakinya itu. Dan lihatlah betapa harmoninya hubungan mereka.

Jika dahulu pompuan asyik menahan kentut ketika bersama teman lelakinya, namun kini pompuan dengan beraninya memberitahu lelaki bahawa dia nak terkentut. Pendek kata, kentut mintak izin. Tengok…bagaimana kentut mendidik pompuan supaya menjadi begitu tertib. Dan hubungan mereka secara tak langsung akan bertambah baik.

Jika dahulu pompuan berkata perbuatan teman lelakinya yang asyik terkentut sesuatu perbuatan yang tak senonoh, namun kini dia semakin mengaguminya dan semakin menghormati…kerana itu adalah trademark teman lelakinya. Mana nak jumpa dah lelaki camtu…

Akhir sekali, jangan sesekali malu jika anda terkentut ketika anda berkunjung ke rumah dan menemui ahli keluarga pasangan anda. Ini kerana jika anda terkentut, ahli keluarga pasangan anda akan gelakkan anda secara beramai ramai. Secara tak langsung, ini akan mengeratkan hubungan anda bersama bakal bakal ahli keluarga anda.

Kesimpulan:
Kentut itu membahagiakan… .anda setuju???

Hasil Kajian Tahap Pematuhan Pemakaian Tali Pinggang Keledar Di Kalangan Penjawat Awam Di Putrajaya

Undang-undang pemakaian tali pinggang keledar belakang telah diwajibkan mulai 1 Januari 2009. Pematuhan kepada undang-undang ini dijangka mampu mengurangkan hampir 300 kematian setahun. Pelbagai langkah telah diambil untuk mempastikan kadar pematuhan yang tinggi, sama ada sebelum undang-undang diperkenalkan, mahupun selepasnya. Ini meliputi aktiviti advokasi dan juga penguatkuasaan.

Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) telah ditugaskan untuk memantau kemajuan dan keberkesanan serta tahap pematuhan undang-undang ini dengan melakukan kajian di seluruh negara sebelum undang-undang diperkenalkan dan selepas ianya dikuatkuasakan pada bulan Januari 2009. Setelah peningkatan dilihat untuk bulan Januari dan Februari 2009, rekod bagi semua kategori (pemandu, penumpang hadapan dan penumpang belakang) telah terus menurun secara purata untuk seluruh negara.

Lanjutan dari itu, satu kajian khas telah dilakukan di Putrajaya bagi melihat kadar dan tahap pematuhan pemakaian tali pinggang keledar di kalangan penjawat awam. Pemilihan lokasi cerapan mampu memberi secara sampel, kadar dan tahap pematuhan pemakaian tali pinggang keledar bagi penjawat awam yang bekerja di Precinct 1,2, 3 dan di lokasi utama pada waktu pagi dan semasa waktu rehat tengahari. Berikut adalah hasil kajian MIROS:-

Jadual 1: Pemakaian tali pinggang keledar mengikut kategori penumpang dan masa

Kadar pemakaian keseluruhan
Pemandu 55.2%
Penumpang hadapan 46.1%
Penumpang belakang 4.8%

Kadar pemakaian mengikut masa

07:15-08:45 12:45-14:15
Pemandu 58.3% 46.8%
Penumpang hadapan 51.3% 38.0%
Penumpang belakang 6.7% 2.8%

Dapatan ini amat mencemaskan kerana didapati penjawat awam di Putrajaya tidak mematuhi sepenuhnya undang-undang pemakaian tali pinggang keledar. Kadar dan tahap pematuhan pemakaian ini adalah lebih rendah dari purata negara (national average) bagi bulan Jun 2009 yang menunjukkan 86.8%, 78.1% dan 28.2% kadar pemakaian untuk pemandu, penumpang hadapan dan penumpang belakang.

Dengan ini, semua penjawat awam perlulah mematuhi sepenuhnya undang-undang pemakaian tali pinggang keledar tersebut supaya ianya akan menjadi satu contoh dan tauladan kepada lain-lain pemandu kenderaan di samping meningkatkan lagi keselamatan di jalan raya .

sumber di petik dari..

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
PUTRAJAYA
10 JULAI 2009

Wednesday, July 8, 2009

Sains, Matematik dalam bahasa Melayu mulai 2012

08/07/2009 2:50pm


PUTRAJAYA 8 Julai - Matapelajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah dan kebangsaan akan diajar dalam bahasa Melayu berkuatkuasa pada 2012.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan keputusan Kabinet itu berkata, pengajaran dan pembelajaran kedua-dua matapelajaran itu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil pula dalam bahasa ibunda masing-masing.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan juga memutuskan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan dimantapkan.

Katanya, pelaksanaan bermula secara bertahap iaitu bagi tahun satu, tahun empat, tingkatan satu dan tingkatan empat.

Perubahan dasar itu bagaimanapun tidak melibatkan tingkatan enam dan matrikulasi.

- Utusan

PPSMI dimansuh

08/07/2009 2:37pm


PUTRAJAYA 8 Julai - Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan.

Keputusan Kabinet itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.

- Utusan

Tuesday, July 7, 2009

PPSMI diumum esok (8 Julai 2009)



07/07/2009 6:03pm


PAGOH 7 Julai – Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan keputusan kerajaan mengenai Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) esok 8 Julai 2009. - Utusan

Monday, July 6, 2009

Jangan menghidupkan pendingin hawa sebaik menaiki kereta..!

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.

Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan bebumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan... dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.

Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut.

--- teman--- "When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others".

Thursday, July 2, 2009

MENGUKUR KECEMERLANGAN ANAK-ANAK


Saya sangat tertarik dengan sebuah artikel dalam akhbar tempatan iaitu dalam Mingguan Malaysia 15 Mac 2009 mengenai tajuk di atas. Apakah kayu ukur atau tanda aras untuk cemerlang dan bagaimanakah pula ibu bapa, guru dan masyarakat mentafsirkan kecemerlangan? Dalam konteks pendidikan masa kini, budaya A adalah sesuatu yang diterima pakai bagi mentafsirkan kecemerlangan.

Menurut sebahagian daripada catatan penulis berkenaan:-

1) Anak-anak yang kurang cemerlang dalam peperiksaan dinafikan hak untuk cemerlang dalam hidup.

2) Pelajar cemerlang akademik disanjung oleh masyarakat manakala pelajar yang kurang/ tidak cemerlang tercicir.

3) Sistem pendidikan mengiktiraf sekolah dan negeri yang melahirkan pelajar cemerlang yang mana ia menggalakkan perlumbaan.

4) Pelajar dan guru tertekan.

5) Anak-anak dididik bukan atas tujuan moral tetapi lebih kepada ekonomi- dipaksa untuk dapat keputusan cemerlang.

6) Manusia ternama seperti Dato' Siti Nurhaliza, Jimmy Choo mampu berjaya tanpa akademik yang baik. Dato' Siti begitu bijak dalam menyusun kata -kata dan penampilannya.

7) Walau bagaimanapun, ada juga tokoh ternama yang lahir daripada latar belakang akademi yang cemerlang seperti Tun Dr. M. dsb.

8) Negara perlu melakukan reformasi pendidikan.

9) Tumpuan kepada A berlebihan sehingga mengabaikan aspek-aspek seni, sukan, kemahiran dan sebagainya.

Adik Nik Nur Madihah adalah contoh pelajar yang cemerlang yang seimbang dari segi IQ dan SQnya. Semoga beliau akan terus cemerlang pada masa-masa yang akan datang.

Kepada pelajar-pelajar yang kurang cemerlang, ingatlah bahawa SPM bukanlah segala-galanya. Jadikanlah ianya wasilah (satu jalan) bukan sebagai ghayah (matlamat). Wasilah dalam erti kata ianya jalan ke Universiti atau jalan untuk mara ke peringkat yang seterusnya dan bukan matlamat akhir.

Ingatlah apabila sudah berada di universiti sijil SPM sudah tidak 'laku' lagi, dan apabila anda berada di alam pekerjaan, ijazah degree anda sudah tidak dipandang lagi. Apa yang dinilai pula ialah prestasi kerja anda. Dan ingatlah bahawa roda kehidupan sentiasa berputar. Anda tidak akan berada di atas atau di bawah selama-lamanya. Wallahu a'lam.

---teman--- kita hendaklah berjalan ke depan dan bukan nya ke belakang...

Sunday, June 28, 2009

KELEBIHAN BULAN REJAB


Bulan-bulan hijrah datang dan pergi tanpa disedari.
Hanya Ramadan dan Syawal sahaja yang kebanyakkan kita sedar kedatangannya. Berikut adalah himpunan kelebihan-kelebihan bulan Rejab yang boleh dimanafaatkan oleh umat islam dengan memperbanyakkan ibadah.

1. Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

2. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Syaaban dengan malam NISFUnya dan Ramadan dengan LAILATUL QADARnya.

4. Malam awal Rejab mustajab do'anya. ( Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

5. Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

6. Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

7. Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

8. Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercaya muka.

9. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

10. Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

11. Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH, maka tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

12. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

13. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

14. Puasa 19 hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

15. Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.

16. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Qalam.

17. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

18. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.

19. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

20. Setiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah.

21. Bersedekah pada bulan Rejab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.

22. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!

23. Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

24. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau'.(dari kitab Raudatul Ifkar)

25. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

REJAB bulan menabur benih. SYAABAN bulan menyiram tanaman. RAMADAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya. SYAABAN menyucikan hatinya. RAMADAN menyucikan rohnya

REJAB bulan taubat. SYAABAN bulan muhibbah. RAMADAN dilimpahi pahala amalan.


Beramallah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.
Sila klik pada Arkib Blog aMbO untuk catatan-catatan yang seterusnya.....


'Dragon Fruit' (Pokok Buah Naga) di Halaman Rumah



MyBlogLog